Theme Preview Rss

LAWATAN SAMBIL BELAJAR & SUKANEKA

Perhatikan sebuah benih beringin. Jika benih ini tumbuh di tempat yang tepat (subur dan cukup air) maka beringin boleh menjadi pohon raksasa yang berumur hingga ratusan tahun. Namun jika beringin ini kita letakkan dalam pasu yang terbatas, beringin akan menjadi pohon kerdil. Pohon kerdil ini boleh menjadi indah jika kita bentuk menjadi tanaman bonsai. Demikian juga dengan manusia. Walaupun kita mempunyai bakat luar biasa, jika kita berada di persekitaran yang tidak menyokong maka selamanya kita akan menjadi "kerdil". Namun jika kita menemukan lingkungan yang tepat maka segala potensi kita akan keluar secara optimum insyaAllah.

Berkaitan dengan pembelajaran melalui alam, tadika PINTAS telah melaksanakan program lawatan sambil belajar di samping sukaneka. Program yang menyeronokkan ini berlangsung di tempat reakreasi gunung lang. Dengan suasana alam yang mempesonakan serta pelbagai haiwan yang menarik dapat dilihat, semoga para pelajar dapat sama-sama mengambil pengajaran disebalik ciptaan Allah Yang Maha Agung. Amin.



PROGRAM LAWATAN&KAJIAN UPSI

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif.

Dalam usaha memperkukuhkan lagi sistem pendidikan awal kanak-kanak, tadika PINTAS mengucapkan terima kasih kepada hampir 40 orang pelajar Ijazah Muda Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bersama pensyarah kerana sudi memilih kami sebagai salah satu program lawatan disamping menjalankan aktiviti kajian lapangan. Kehadiran mereka mencurahkan pengalaman dan pembelajaran kepada pelajar PINTAS pasti tidak akan dilupakan. Para pelajar PINTAS juga mengambil kesempatan ini untuk menaiki bas dari UPSI. Manalah tahu suatu hari nanti ingin mengikuti jejak langkah kakak-kakak UPSI ni :) . Semoga bertemu lagi diprogram akan datang insyaAllah.