Theme Preview Rss

BANTUAN YURAN NKRA

Assalamualaikum & salam sejahtera,berita baik untuk ibubapa yang kekurangan dari segi kewangan keluarga, dibawah NKRA telah disalurkan bantuan yuran iaitu sebanyk RM150 sebulan kepada ibubapa yang layak. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan salah satunya ialah prasekolah. Sasaran ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan. Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan. Jadi kepada ibubapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak PINTAS untuk perbincangan. Yang paling penting kami cuba memberi yang terbaik insyaAllah.


Ibubapa PINTAS menerima bantuan yuran NKRA untuk sesi 2010