Theme Preview Rss

VIDEO LAWATAN SAMBIL BELAJAR&SUKANEKA 2012



Disekeliling kita terdapat banyak ciptaan Allah. Binatang, tumbuh-tumbuhan, bangunan-bangunan, lautan luas, hutan belantara, pokok-pokok dan banyak lagi ciptaan yangNYA. Tidak lain melainkan sebagai peringatan kepada kita dan menyedarkan kita hakikat penciptaan Allah yang Maha Agung. Kalau difikirkan dengan isu seperti berlaku kes pembuangan bayi sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya maka perlulah kita renungkan dengan firman Allah SWT ini :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179

Jika kita perhatikan dalam ayat tersebut maka jelas sekali manusia perlu menggunakan nikmat yang Allah berikan iaitu hati, mata & telinga (elemen pembelajaran) untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah SWT.

Alhamdulilah walaupun dengan kepenatan dalam melaksanakan program ini tetapi guru-guru serta para pelajar PINTAS amat seronok dapat bersama-sama dengan Pak Abu & sahabat-sahabatnya yang memberikan tunjuk ajar & pelbagai maklumat ketika berada di zoo taiping. Pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk mengenali haiwan yang mungkin tidak pernah lihat secara langsung seperti harimau, zirafah, buaya & macam-macam lagi. Paling istimewa yang pasti tidak dilupakan adalah memberi makan sejenis binatang seperti kanggaru yang kecil. Syukur semuanya dalam keadaan baik & selamat ketika pulang. Nanti jangan lupa kongsi cerita kat adik,kakak,abang serta ibu dan ayah dirumah ya !.

KIDS RAMADAN @ PI NTAS 2012



Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud,

‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan
sampaikan kami Ramadhan.’

(Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!.

Sempena dengan menyambut kedatangan Ramadan maka Tadika PINTAS akan melancarkan buku khas bertajuk "Ramadan Activity Book" dalam program Kids Ramadan @ PINTAS. Semua para pelajar PINTAS akan diberikan PERCUMA (tidak dijual hanya untuk pelajar PINTAS sahaja) sebagai aktiviti tambahan bagi menambahkan pengetahuan para pelajar tentang bulan yang sangat istimewa ini.

Dari pihak pengurusan PINTAS kami memohon maaf & semoga Ramadan yang akan tiba kita mendapat kerahmatan, keampunan & pembebasan dari api neraka. Taqaballahu minna wa minkum

PROGRAM LAWATAN & SUKANEKA 2012