Testing post.
BENGKEL HANDS ON TASKA 'GO ONLINE'
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
/
Comments: (0)
Selamat Datang 2017 !
Setelah sekian lama page tidak dikemaskini kerana fokus kepada aplikasi facebook, kini kami memulakan kembali. Cikgu Azreena a.k.a Cikgu Rina sedang refresh ilmu internet marketing anjuran Persatuan Taska Perak (PTP) dengan bimbingan jurulatih berpengalaman, Puan Soolehatul Mutyah. Amat bermanfaat.
MINGGU ORIENTASI 2015
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Friday, 16 January 2015
Doa Untuk Ibu (Ayah)
kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan
oh ibu(ayah) terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
oh ibu(ayah) semoga Tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku
ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku smile emoticon
PROGRAM SUPER MUSLIM 2014 DIBUKA
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Tuesday, 11 November 2014
JAMUAN KESYUKURAN AIDILFITRI 2014
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Friday, 22 August 2014
SALAM RAMADAN 1435
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 29 June 2014
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera
Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi
Bukan mudah menahan diri,
Bukan senang mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi
* Kami dari pihak pengurusan rangkaian tadika pintas & smart muslim kids memohon keampunan dan kemaafan atas segala salah & silap serta kekurangan yang ada kerana kita sebagai manusia biasa tiada yang sempurna. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera
Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi
Bukan mudah menahan diri,
Bukan senang mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi
* Kami dari pihak pengurusan rangkaian tadika pintas & smart muslim kids memohon keampunan dan kemaafan atas segala salah & silap serta kekurangan yang ada kerana kita sebagai manusia biasa tiada yang sempurna. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2014
Janganlah merasa tidak mampu, Kita harus berani berkorban.
Gagal 1 kali ambil hikmahnya, Gagal 1000 kali ambil hikmahnya.
Berani Gagal hidup pantang mundur, PERCAYALAH TUHAN MAHA MELIHAT.
Berjuanglah & jangan takut gagal. :)
DUMEX HEALTH FOOD PROGRAMME
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Friday, 11 April 2014
’ Wahai orang beriman. Makanlah benda yang baik (halal) yang Kami berikan kepada kamu.’
- Surah al-Baqarah ayat 172
Islam amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani mahupun rohani. Kesihatan merujuk kepada kesihatan rohani, akli, psikologi dan juga jasmani di mana ia saling berhubungkait dan bersatu padu secara menyeluruh. Dalam pada manusia merangka kerja seharian, kadang kala mengabaikan kepentingan kesihatan diri sendiri. Gabung jalin antara kesihatan jasmani, rohani dan kemasyarakatan amat penting demi menjaga keselamatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.
Dalam Islam, makanan seimbang merujuk kepada makanan untuk jasmani dan rohani. Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat, iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan mendapat keberkatan daripada Allah.
* Ingat ya para pelajar mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan semata-matanya sehingga perut pun mengalahkan doraemon :)
POTENSI ANAK-ANAK
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Disebabkan persepsi masyarakat yang terlalu memandang tinggi pencapaian akademik, tidak hairanlah ibu bapa sanggup membuat pelbagai pelaburan untuk pendidikan anak dari peringkat prasekolah sehingga kolej dan universiti. Ada ibu bapa membuat perancangan awal untuk anak sejak mereka di tadika lagi dan ini bagus untuk perkembangan mereka dan tiadalah salah. Cuma yang menjadi masalah adalah apabila ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi (perfectness) supaya anak ini memiliki kejayaan yang cepat tanpa melihat dan memperhati kemampuan mereka juga. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka rasa tertekan sebenarnya sehingga boleh membunuh potensi dalam diri mereka. Apa yang anda boleh faham apabila seorang pelajar yang baru masuk belajar dalam 2 bulan bertanya kepada cikgunya “ Cikgu, bilalah Ahmad(bukan nama sebenar) ni nak pandai ?”. Kita puji sikap ibubapa yang prihatin untuk followup perkembangan anaknya dirumah cuma jika sampai anak rasa tertekan sedemikian maka kita bimbang suatu hari nanti anak ini akan memberontak apabila dewasa. Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jika ada yang cepat perkembangan alhamdulilah tetapi jika anak itu agak lambat maka berikan motivasi bukannya tekanan. Walaupun kami tidak menafikan memiliki kepandaian itu penting tetapi mendidik bukanlah itu semata-mata. Mungkin anak itu agak lambat dari aspek tersebut tetapi rupanya kelebihannya adalah dari aspek yang lain.
Cuba lihat contoh salah seorang Muslim yang berada dalam list 10 individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh berjaya. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang buta huruf sejak dilahirkan sehinggalah pada akhir peringkat di Mekah.
Allah berkata: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah Al-Jumuah: ayat 2)
Perkataan ummi dari ayat-ayat di atas memberi salah satu makna iaitu orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Walaupun Rasulullah SAW adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi itu tidaklah menghalang Baginda untuk menjadi seorang yang hebat dan menjadi contoh(qudwah) bukan kepada kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam. Sila baca buku oleh Michael H. Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang menyatakan “My choice of Muhammad to lead the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels……. it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus”.
Ibu bapa mungkin lebih mengenali dan tahu potensi diri anak. Dengan itu merekalah yang seharusnya membimbing dan mencorakkan masa depan mengikut kebolehan dan bakat dimiliki. Jangan terlalu mengongkong dan mendesak mengikut kehendak ibu bapa. Ini kerana anak boleh memberontak dan terjebak dengan perkara yang tidak diingini kerana tertekan dengan sikap ibu bapa yang memaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Selain memperkembangkan bakat dan kebolehan, ibu bapa harus membekalkan anak dengan ilmu kerohanian iaitu akhlak dan pegangan agama yang kukuh agar dapat membesar sebagai insan berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.
Kesimpulannya, pendidikan dan pembelajaran mempunyai makna luas. Jangan sempitkan pemikiran dengan merujuk kejayaan anak hanya melalui pencapaian akademik cemerlang sahaja. Raikan kemampuan dan kebolehan mereka mampu berjaya jika tidak sekarang mungkin dimasa hadapan insyaAllah.
MOTIVASI RANGKAIAN TADIKA PINTAS (SMART MUSLIM KIDS)
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Motivasi Hidup Yang Akan Menghindarkan Anda Dari Putus Asa
Bagi seorang Muslim , motivasi hidup itu cuma satu , dan jika anda kita memegang dan mengingat motivasi ini , anda tidak akan pernah putus asa . Jika anda masih putus asa , mungkin perlu merenungi lagi apa yang menjadi motivasi hidup anda selama ini atau pemahaman akan motivasi ini perlu dipertingkatkan . Motivasi Hidup yang tidak akan menjadikan anda putus asa adalah hidup kerana dan untuk Allah semata . Tidak ada motivasi lain selain ini . Kalau ada motivasi lain , tetap dalam rangka beribadah kepada Allah . Tanamkan dalam diri , bahawa motivasi hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah , maka kita tidak akan pernah putus asa . Serius , sehebat apa pun beban , kita akan ingat bahawa disaat - saat kita menjalaninya hanya kerana Allah , maka pahala akan terus mengalir . Ingat , selama kita terus menjalaninya dengan keikhlasan . So , apa alasan kita putus asa ? Tidak ada alasan sama sekali , jika kita memahami bahawa segala usaha kita yang dijalani dengan penuh keikhlasan , akan mengalir pahala .
Jangan Hanya Berorientasi Hasil
Salah satu penyebab putus asa adalah kerana kita yang HANYA berorientasikan hasil . Artinya hanya hasil yang kita harapkan , tanpa mengingat bahawa prosesnya pun kita sudah mendapatkan kebaikan yang luar biasa . Misalnya anda sakit , berubatlah . Sebab berubat itu beribadah , tanda kita tidak berputus asa , dan mengikuti sunnah . Kesembuhan , biarkanlah Allah yang menentukan . Yang kita perlukan adalah berusaha dan ini merupakan ibadah sebagai ladang pahala kita . Kesembuhan hak Allah . Tentu saja kita harus yakin bahawa kita akan sembuh , sebab setiap penyakit ada ubatnya . Justru orang yang yakin tidak akan pernah putus asa . Hanya orang yang tidak yakin yang putus asa , dia menganggap tidak akan pernah sembuh . Gabungan keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah adalah ubat mujarab dari putus asa. Tidak mungkin , orang yang yakin dan tawakal akan putus asa . Begitu juga dengan kemiskinan . Apakah takdir kita miskin atau kaya itu urusan Allah , tetapi saat kita tetap bersabar dalam mencari rezeki yang halal adalah tugas kita dan kita akan mendapatkan pahala . Bahkan pahala yang besar .
Jadi , luruskan motivasi kita , jangan hanya berorientasikan hasil , namun nikmati prosesnya . Kalau masalah kita berat dan prosesnya lama , bersabarlah dan ikhlaslah menjalaninya , itu ladang pahala buat kita . Inilah motivasi hidup agar tidak putus asa sesungguhnya.
* Lagu ini ditujukan teristimewa buat semua ibubapa tadika Pintas (Smart Muslim Kids) dan para pelajar. Sama-sama menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Program Maulidur Rasul Tahun 1435H/2014
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Thursday, 6 February 2014
Dalam kesibukan minggu orientasi ini dapat 1 sms dari parents "Salam saya xxxxx ibu kepada xxxxx yg pernah fon pihak tadika hari tu,saya memang berminat nak hantar anak tapi disebabkan saya menunggu hari nak bersalin & ayahnya ni negeri sembilan jadi kami akan menghantarnya pada bulan 5 sebab saya dikampung jadi tak ada orang yang menguruskan anak buat masa ini buat masa ini saya takde buat pembayaran cadangnya nak datang esok tetapi dengan keadaan sarat ni bulan 5 baru saya datang untuk hantar anak dan bayar yuran.diharap pihak tadika tidak potong nama anak saya sebab saya memang berminat menghantar dia. terima kasih".
* Begitulah nilai keikhlasan dan pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah jadikan zuriatnya soleh & solehah. Jangan risau puan bawak bertenang sahaja. Kami ini takdenya nak potong nama macam potong buah timun .
Kami tahu sesungguhnya Anak itu anugerah, Anak itu amanah, Anak itu harta, Harta yang membuat orang miskin menjadi kaya....Kaya di dunia & Kaya di akhirat insyaAllah :)
* Begitulah nilai keikhlasan dan pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah jadikan zuriatnya soleh & solehah. Jangan risau puan bawak bertenang sahaja. Kami ini takdenya nak potong nama macam potong buah timun .
Kami tahu sesungguhnya Anak itu anugerah, Anak itu amanah, Anak itu harta, Harta yang membuat orang miskin menjadi kaya....Kaya di dunia & Kaya di akhirat insyaAllah :)
PROGRAM MOTIVASI SUPER MUSLIM & KEM SMART SOLAT SESI 2
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Friday, 6 December 2013
Labels:
KISAH PINTAS,
PROGRAM
/
Comments: (0)
Anak-anak yang tumbuh dengan pelbagai bakat dan kecenderungan masing-masing adalah kurnia yang sangat berharga, yang digambarkan sebagai perhiasan dunia. Sebagaimana Firman Allah swt dalam Al-Quran surat Al-Kahfi ayat 46. “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amanah-amanah yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
Ayat di atas paling tidak mengandung dua pengertian. Pertama, mencintai harta dan anak merupakan fitrah manusia, karena keduanya adalah perhiasan dunia yang dianugerahkan Sang Pencipta.
Kedua, hanya harta dan anak yang soleh yang dapat diraih manafaatnya. Anak mesti dididik menjadi anak yang soleh (dalam pengertian anfa’uhum linnas) yang bermanfaat bagi sesamanya.
Abdullah Nasikh Ulwan dalam bukunya ”Tarbiyah Al-Aulad Fi-Al Islam,” memperincikan bidang-bidang pendidikan anak sebagai berikut:
1. Pendidikan Keimanan, antara lain dapat dilakukan dengan menanamkan tauhid kepada Allah dan kecintaannya kepada Rasul-Nya.
2. Pendidikan Akhlak, antara lain dapat dilakukan dengan menanamkan dan membiasakan kepada anak-anak sifat terpuji serta menghindarkannya dari sifat-sifat tercela.
3. Pendidikan Jasmaniah, dilakukan dengan memperhatikan gizi anak dan mengajarkanya cara-cara hidup sehat.
4. Pendidikan Intelektual, dengan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada anak dan memberi kesempatan untuk menuntut mencapai tujuan pendidikan anak.
* SESI KE 2 PROGRAM MOTIVASI SUPER MUSLIM & KEM SMART SOLAT AKAN BERMULA MINGGU HADAPAN 10/12/2013.TEMPAT ADALAH TERHAD.TAHNIAH KEPADA YANG SUDAH MENYERTAI & SAMA-SAMALAH KITA MEMBINA IMPIAN SERTA KEJAYAAN BERSAMA ALUMNI SMART MUSLIM KIDS INSYAALLAH.
VCD KENANGAN TERINDAH 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
Alhamdulilah kerja-kerja menghasilkan vcd "Kenangan Terindah" hampir selesai. Dalam vcd ini hampir semua aktiviti setahun termasuk majlis ihtifal akan dapat disaksikan semula oleh pelajar & ibubapa. Dan paling penting ianya PERCUMA sama seperti tahun lepas. Sekarang nak masuk tandas pun bayor. Huh manalah nak dapat tadika baik hati camni. (sorilah puji sendiri berhad)
Sebenarnya bukanlah kami berikan vcd ni semata-mata untuk menonton & berhibur tetapi ia adalah salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada pelajar secara tidak langsung. Video ini simpanlah elok-elok & kalau boleh buat backup kopi radix eh silap copy dalam komputer sebab vcd kadang tak tahan lama calar skit dah tak boleh tengok. Nanti ketika anak-anak dah besar & mungkin pada waktu ketika itu mereka menghadapi masalah motivasi@sewaktu dengannya bolehlah mereka lihat balik permulaan kisah mereka di tadika mudah-mudahan semangat mereka akan kembali hadir. Inilah yang kita panggil belajar dari sejarah@kisah lampau. Pernah lihat iklan petronaskan yang burung apa...burung murai....burung apa....burung murai - itulah kenangan yang menyedarkan anaknya betapa ayahnya tidak jemu untuk menjawabnya.
Ketika saya punya masalah motivasi, salah satu cara untuk pulihkan ialah melihat balik samada gambar@video yang lepas antaranya ialah gambar&video pernikahan. Waktu itu saya masih lagi belajar di tahun akhir. Yang selalu saya ingat ialah bagaimana bersemangat nak nikah tapi saya tak nak minta duit belanja dari ayah (tapi kalu nak bagi ambik jugaklah) . Pelbagai cara dilakukan untuk kumpulkan duit antaranya meniaga jersi bolasepak, jual nasi lemak (kurus badan secara semulajadi sebab turun naik asrama 4 tingkat) & lain-lain. Alhamdulilah akhirnya berjaya gak kumpul duit lebih kurang rm10000 cukuplah untuk student kahwin & mungkin disebabkan itulah ibu&ayah bagi nikah awal. Yesss !. Nampak tak kadang-kadang kenangan lalu boleh memberikan semangat & pengajaran kepada kita dimasa hadapan. Pelajar-pelajar yang dah berani buat persembahan atas pentas nanti kat sekolah rendah, menengah dan IPTA ingatlah semula anda sudahpun ada keberanian untuk melakukannya ketika kecil.
Dalam Al-Quran juga menjadikan kisah dan sejarah umat terdahulu sebagai salah satu muatan sistem peradaban manusia. Antara cara al-Quran mengajarkan keimanan kepada umat manusia adalah dengan menuturkan sejumlah kisah. Al-Quran memaparkan sejarah atau kisah bukan sahaja orang soleh seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., dan lain-lain; tetapi juga kisah para penentang Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Selamat menonton sambil menghidupkan motivasi & mengambil pengajaran.
"Sesiapa yang mengambil pengajaran daripada sejarah, akan meningkatkan potensi kesedarannya." (Imam Syafi’i dalam ’Aja-ib al-Atsar)
"Learn from history and make your own great history"
* Nanti vcd dah siap di'bakar'@ burn kat cd kami akan maklumkan insyaAllah
AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
Labels:
KISAH PINTAS
/
Comments: (0)
Dalam design, "Beginner's Mind" adalah WAJIB dan KRITIKAL untuk diaplikasikan. Maksud "Beginner's Mind" adalah dalam sesuatu perkara seolah kita bermula daripada kosong, tanpa terikat apa - apa perkara. BM (Beginner's mind) mengajar kita beberapa perkara penting dalam design :
1. Jangan takut buat salah, yang penting buat, buat dan terus buat!
2. Jangan takut untuk delete hasil yang kita tak suka, sebab nothing to lose sebenarnya!
3. Jangan takut dengan persepsi orang, yang penting kita tahu nak apa dan biarkan minda menjadi kreatif dan bergerak jauh!
* Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu tak tahu sekarangku dah berilmu, Dulu...dulu...duluku mencari-cari, Sekarang aku dah temui. :)
* Sila ke facebook kami untuk video persembahan lain ya :)
1. Jangan takut buat salah, yang penting buat, buat dan terus buat!
2. Jangan takut untuk delete hasil yang kita tak suka, sebab nothing to lose sebenarnya!
3. Jangan takut dengan persepsi orang, yang penting kita tahu nak apa dan biarkan minda menjadi kreatif dan bergerak jauh!
* Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu tak tahu sekarangku dah berilmu, Dulu...dulu...duluku mencari-cari, Sekarang aku dah temui. :)
* Sila ke facebook kami untuk video persembahan lain ya :)
Majlis Ihtifal Tadika Pintar Anak Soleh & Tadika Pintas Rabbani 2013
Setelah bertungkus-lumus belajar, menghafaz, bernasyid, bernangis di tadika kini tibalah hari yang dinantikan.
Jangan lupa Majlis Ihtifal Tadika Pintar Anak Soleh & Tadika Pintas Rabbani 2013
Tarikh: 16 November 2013(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat: Dewan Iltizam, Kemas Seri Iskandar
Perasmian Oleh EN. MOHD HANIFAH B. MAIN
Penolong Pegawai PPD (Pendidikan Khas) Perak Tengah
* Pameran, jualan dan derma oleh Aman Palestin
* Penampilan istimewa 'Abang Belon'
* Kuih dengan air minum disediakan. Jika nak sarapan berat disyorkan makan sendirian berhad sebelum majlis. :)
Jangan lupa Majlis Ihtifal Tadika Pintar Anak Soleh & Tadika Pintas Rabbani 2013
Tarikh: 16 November 2013(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat: Dewan Iltizam, Kemas Seri Iskandar
Perasmian Oleh EN. MOHD HANIFAH B. MAIN
Penolong Pegawai PPD (Pendidikan Khas) Perak Tengah
* Pameran, jualan dan derma oleh Aman Palestin
* Penampilan istimewa 'Abang Belon'
* Kuih dengan air minum disediakan. Jika nak sarapan berat disyorkan makan sendirian berhad sebelum majlis. :)
EVALUTION WEEK
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Wednesday, 30 October 2013
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
NASYID KARNIVAL KOPERASI 2013
PERSEMBAHAN NASYID 'BAHTERA NUH'.
- bersemangat
- gerakan yang kreatif
- kerjasama yang mantap
PERSEMBAHAN NASYID 'AKHLAK MULIA'.
- lakonan yang bagus
- menyelitkan hadis dan koir
- kerjasama yang mantap
- bersemangat
- gerakan yang kreatif
- kerjasama yang mantap
PERSEMBAHAN NASYID 'AKHLAK MULIA'.
- lakonan yang bagus
- menyelitkan hadis dan koir
- kerjasama yang mantap
PROGRAM MOTIVASI SUPER MUSLIM & KEM SOLAT
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Tuesday, 8 October 2013
JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI & SOLAT ANAK-ANAK ANDA!
TAHUKAH ANDA APA ITU MOTIVASI?
Motivasi adalah sesuatu keadaan yang menggerakkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku manusia seperti pemikirannya, perasaannya, tindakannya kepada sesuatu matlamat. Seperti yang kita tahu bahawa motivasi ini muncul daripada keperluan seseorang individu sehingga mendorong seseorang untuk mencapai kepuasan.
Jadi anak-anak, tanamkanlah motivasi di dalam diri kerana bagi yang mempunyai motivasi di dalam dirinya maka ia adalah pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, sahsiah, personaliti dan sebagainya. Anak-anak perlu ingat bahawa anda tidak hanya cemerlang dan bermotivasi dalam akademik bahkan perlulah cemerlang dan bermotivasi dalam pergaulan dan sahsiah.
”Iman itu kadang naik kadang turun maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)
VIDEO ROAD TO CHAMPION 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 30 September 2013
Ada kisah yang cukup menarik perhatian kami. Kisahnya seekor anak gajah diikat pada batang kayu yg agak besar. Kakinya digari dengan rantai seawal usia gajah tu mungkin tak mampu nak melepaskan diri. Tapi. anak gajah tu masih mencuba. Beberapa kali anak gajah tu gagal. Setelah beberapa tahun berlalu, anak gajah tu sudah menjadi gajah yang besar. Rantai yg menggari kaki gajah tu pun dah semakin ketat menampakkan fizikal gajah itu yang semakin membesar. Tetapi yang menghairankan adalah gajah tu masih tak mampu melepaskan dirinya. Secara logik akal sekali sentap je gajah tu boleh terlepas kerana badannya sudah kuat tidak seperti ketika kecil dahulu. Tapi kenapa gajah tu tak nak mencuba?. Sebabnya ialah gajah tersebut sudah putus harapan dan hilang keyakinan diri nak mencuba dan akhirnya hidup gajah tu selamanya digari dan diikat pada sebatang kayu.
Pengajaran pertama daripada kisah tersebut ialah kegagalan bukan pengakhiran tetapi permulaan kejayaan. Pengajaran kedua sebenarnya dalam diri manusia samalah seperti kisah tersebut. Apabila anak-anak ketika kecil mereka tidak diberikan motivasi dan rangsangan maka ia akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka akan datang. Jadi mulai membina motivasi kepada anak anda untuk berjaya di dunia dan akhirat dan mulailah sekarang !.
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya. Dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya."- (HR Muslim dari Ibnu Sinan)
ROAD TO CHAMPION 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 23 September 2013
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)
# Terus semangat, konsisten dan komitmen dalam usaha dan tidak melemah
# Terima kasih kepada pihak Ppd Perak Tengah serta pihak pengurusan SK Iskandar Perdana atas kesudian memberikan tempat dan kerjasama. Semoga diberkati Allah SWT
PENDAFTARAN BARU TAHUN 2014
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
Faktor-faktor persekitaran sosial boleh
mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan
tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial
seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar
2006). Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah
elemen-elemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh
guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat, atau juga
elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media
yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka.
Pembentukan keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud :
* Alhamdulilah syukur mendengar perubahan positif pelajar termasuk salah seorang ustaz yang baru menghantar anaknya pada tahun ini di tadika kami walaupun agak lewat sebab tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Tak sampai setahun ustaz ceritakan sendiri anak dia yang agak pasif & pendiam sudah mula berani bercakap dan kehadapan termasuk nak iqamat waktu solat. Moga terus istiqamah.
-----------------------------------------
Pembentukan keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud :
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
* Alhamdulilah syukur mendengar perubahan positif pelajar termasuk salah seorang ustaz yang baru menghantar anaknya pada tahun ini di tadika kami walaupun agak lewat sebab tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Tak sampai setahun ustaz ceritakan sendiri anak dia yang agak pasif & pendiam sudah mula berani bercakap dan kehadapan termasuk nak iqamat waktu solat. Moga terus istiqamah.
-----------------------------------------
* Free Gift untuk 90 pendaftaran terawal
* Pendaftaran bermula hari rabu &
seterusnya sehinggalah kuota penuh
* Yuran tahunan boleh dibayar
secara ansuran 2 kali
PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH SWASTA PERINGKAT PERAK TENGAH
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 26 August 2013
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang
terutama adik MARISA IRDINA (JOHAN KATEGORI 4 TAHUN) dan NUR ARISSA
QAIREEN (JOHAN KATEGORI 5 TAHUN). Syabas juga diucapkan kepada 5 orang
wakil lain yang layak ke Pertandingan Mewarna Prasekolah Swasta
Peringkat Negeri Perak iaitu Munawwaratul Iffah, Muhammad Khuwalid,
Sheefa , Aisyah Sumayyah & Muhammad Edzril. Mereka merupakan antara 7
wakil kami daripada 15 pelajar yang layak untuk mewakili Perak Tengah
ke Peringkat Negeri Perak. Pertandingan ini telah diadakan di
Perpustakaan Perak Tengah pada 24 Ogos 2013. Kepada yang lain jangan
putus asa & tahniah kerana telah mencuba yang terbaik. Terima kasih
kepada semua guru pembimbing.
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013
Alhamdulilah selesai sudah jamuan aidilfitri.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dari petang sampailah ke malam
(kira-kira 400 orang). Semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan
tidak dilupakan doa buat saudara-saudara kita di luar sana.
JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Tuesday, 20 August 2013
KAMI DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT SEMUA
IBUBAPA TADIKA PINTAR ANAK SOLEH, TADIKA PINTAS RABBANI & TASKA
PINTAS RABBANI, SAUDARA MARA TERDEKAT & JIRAN-JIRAN DISEKITAR UNTUK
HADIR KE MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PADA 23/8/2013 DARI JAM 5 PTG -
10 MALAM. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TUAN/PUAN. MAAF ZAHIR & BATIN
DARI PIHAK KAMI.
#PRAY FOR ALL MUSLIMS
#PRAY FOR ALL MUSLIMS
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 5 August 2013
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
Firman Allah S.W.T: Supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan
bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur. - (Surah al-Baqarah:185)
TERAWIH & TAZKIRAH BERSAMA IMAM PALESTIN
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Al Baqarah (2):261}
Pihak pengurusan PINTAS akan menaja untuk majlis berbuka serta moreh pada hari program ini berlangsung. Sedekah ini diniatkan untuk semua ibubapa PINTAS dan juga semua pekerja kerana anda semua jugalah yang memberi sokongan kepada pihak kami. Mudahan Allah akan memberkati & mempermudahkan urusan dunia & akhirat kita semua insyaAllah. Dijemput semua untuk hadir memeriahkan serta menderma untuk tabung Aman Palestin
KIDS RAMADAN @ PINTAS 2013
Ramadan....Is like a rare flower, That blossoms once a year.....And just as you begin to smell its fragrance, It disappears for another year.....Make the most of it now, While you still have the chance :)
PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM JOM SIHAT
Tahniah diucapkan kepada pelajar berikut kerana memenangi kategori tadika bagi pertandingan mewarna:
Johan : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang insyaAllah.
Johan : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang insyaAllah.
KARNIVAL NASYID ANJURAN MRCB
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Saturday, 27 April 2013
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar
kerana menyertai karnival nasyid anjuran mrcb seri iskandar melibatkan 5
tadika iaitu tadika pintar anak soleh, tadika pintas rabbani, tadika
cilik bestari, tadika little caliph, dan tadika permata.
Yang paling penting adalah penyertaan dalam program sebegini untuk
memupuk semangat keyakinan serta motivasi bagi mereka mendapat
pengalaman berhadapan dengan masyarakat bahkan ketika bernasyid mereka
sebenarnya telah mendapat pahala yang hebat kerana menyampaikan nasihat
yang baik sebagaimana firman Allah SWT:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).
SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).
SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)
PRAKTIKUM UPSI
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 25 March 2013
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada
pihak UPSI yang sudi memilih kami sebagai tempat pilihan untuk pelajar
UPSI dari pendidikan awal kanak-kanak membuat latihan praktikum. Kami
merasa bertuah & berbangga kerana Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini
berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak
menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia
meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan
yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,
perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -
1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April
1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang
dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Semoga dengan
terjalin kerjasama ini dapatlah pihak kami untuk sama-sama belajar dan
menimba pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal
kanak-kanak insyaAllah
KEMPEN "I LOVE NABI MUHAMMAD SAW"
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 3 February 2013
Alhamdulilah kempen sempena maulidur rasul "I Love Nabi Muhammad" telah berlangsung dengan lancar dengan izinNya. Antara aktiviti dijalankan ialah aktiviti bercerita kisah rasul, berselawat, perarakan mini, art craft, worksheet, nasyid dan tayangan video. Semoga kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad SAW akan sentiasa berputik dihati anak didik insyaAllah.
SALAM MAULIDUR RASUL 1434/2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Thursday, 24 January 2013
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog,
baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu
naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di
belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan
gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW
menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si
kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah)
nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan
mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah,
jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.” Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang
keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi
SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan
akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia.
Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku,
apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium
anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak
menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah
baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat
itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan
penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan
iman dan diajarkan akhlak yang mulia.
Allahumma salli `ala sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi wa sallim
MINGGU ORIENTASI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 13 January 2013
Untuk lihat gambar & video penuh minggu orientasi sila ke facebook :)
Pendidikan
perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada
dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa
yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses
mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan
nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya
adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alhamdulilah
bermulalah minggu orientasi 2013 dengan pertambahan anak didik di Tadika Pintar
Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani dan Taska Pintas Rabbani. Tahniah &
terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada pihak
kami. Semoga Allah memberkati dan meredhai pengorbanan kita semua. Kepada semua anak didik Pintas, sentiasalah yakin ---->> Umat Islam
Sentiasa Boleh !
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH,
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
Labels
- IHTIFAL (2)
- INFO PINTAS (17)
- KEISTIMEWAAN PINTAS (3)
- KISAH PINTAS (5)
- MEMO TERBARU (19)
- PROGRAM (60)
- PROJEK DANA PINTAS (2)