Theme Preview Rss

KHIDMAT AKHIR TAHUN:PROGRAM CEPAT PANDAI BACA

TRAINING PROGRAM 2010

Kami ingin meminta maaf kepada ibubapa yang berminat menghantar untuk program-program yang dirancang sempena cuti sekolah di PINTAS kerana tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Sebagai tadika dibawah geran NKRA, pihak kami diminta oleh JPN Perak untuk menghantar semua guru ke training program selama 3 minggu di bawah seliaan Kolej TAJ, Ipoh. Kursus ini sangat penting kerana dapat meningkatkan kemahiran setiap guru dan setiap guru akan menerima sijil pengesahan rasmi yang mereka terlatih dan layak untuk mengajar di tadika swasta. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana memperuntukkan sehingga berjuta ringgit bagi memberikan kursus ini untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di tadika.

PENDAFTARAN SESI BARU 2011 KINI DIBUKA!


CORETAN MAJLIS IHTIFAL PINTAS 2010

Alhamdulilah segala puji untukMu Ya Allah kerana dengan keizinMu Majlis Ihtifal PINTAS 2010 telah selesai dijalankan dengan baik hasil kerjasama daripada pelajar AIM(Akademi Ikatan Muslimin), PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) & juga Aman Palestin yang membuka booth pada hari tersebut. Semoga Allah membalas dengan ganjaran terbaik disisiNya.
Majlis ihtifal dimulakan dengan bacaan doa daripada wakil PEMBINA memohon agar semua pelajar PINTAS bukan hanya menjadi pelajar yang pintar tetapi juga soleh dan solehah. Seterusnya ucapan daripada guru besar PINTAS mengenai prestasi pelajar serta perkembangan terkini PINTAS antaranya penggunaan modul tadika hasil pengalaman hampir 15 tahun oleh Kapten Zubaidah iaitu Sistem Gelombang Baru. Majlis akhirnya dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zamri, Timbalan Mufti Perak selaku Penasihat Luar PINTAS. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang peranan keluarga terutama bapa amat penting seperti kisah Nabi Ibrahim yang diuji dari atas dan bawah. Ujian dari atas ialah ketika kecil bapanya mensyirikkan Allah dan ketika dari bawah apabila menerima perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dengan kekuatan keimanan Nabi Ibrahim berjaya mengatasi segalanya dengan izinNya. JazakaAllahu khairan kasira atas nasihat yang diberikan oleh penasihat PINTAS. Pihak kami juga merakamkan penghargaan kepada YB Drs Ustaz Nizar yang sudi menyampaikan hadiah disamping meraikan anaknya sendiri di PINTAS.

Berikut adalah ringkasan aktiviti pada majlis tersebut :
- persembahan hadis & al-quran
- persembahan :nasyid thn 4 (assalamualaikum ibu ayah & sepohon kayu)
drama musikal (pukul 6 pagi)
- penyampaian hadiah sukan
- persembahan :nasyid thn 6 (adakah kau lupa & cahaya iman)
drama musikal (umar alkhattab)
- persembahan :nasyid thn 5 (satu hati & sayang Allah)
drama musikal (padamu ku bersujud)
- persembahan sajak palestin
- ucapan wakil pelajar

Semoga Allah memberkati majlis kita ini. Berjumpa lagi di PINTAS tahun hadapan insyaAllah !



MAJLIS IHTIFAL PINTAS 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR & SUKANEKA

Perhatikan sebuah benih beringin. Jika benih ini tumbuh di tempat yang tepat (subur dan cukup air) maka beringin boleh menjadi pohon raksasa yang berumur hingga ratusan tahun. Namun jika beringin ini kita letakkan dalam pasu yang terbatas, beringin akan menjadi pohon kerdil. Pohon kerdil ini boleh menjadi indah jika kita bentuk menjadi tanaman bonsai. Demikian juga dengan manusia. Walaupun kita mempunyai bakat luar biasa, jika kita berada di persekitaran yang tidak menyokong maka selamanya kita akan menjadi "kerdil". Namun jika kita menemukan lingkungan yang tepat maka segala potensi kita akan keluar secara optimum insyaAllah.

Berkaitan dengan pembelajaran melalui alam, tadika PINTAS telah melaksanakan program lawatan sambil belajar di samping sukaneka. Program yang menyeronokkan ini berlangsung di tempat reakreasi gunung lang. Dengan suasana alam yang mempesonakan serta pelbagai haiwan yang menarik dapat dilihat, semoga para pelajar dapat sama-sama mengambil pengajaran disebalik ciptaan Allah Yang Maha Agung. Amin.



PROGRAM LAWATAN&KAJIAN UPSI

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif.

Dalam usaha memperkukuhkan lagi sistem pendidikan awal kanak-kanak, tadika PINTAS mengucapkan terima kasih kepada hampir 40 orang pelajar Ijazah Muda Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bersama pensyarah kerana sudi memilih kami sebagai salah satu program lawatan disamping menjalankan aktiviti kajian lapangan. Kehadiran mereka mencurahkan pengalaman dan pembelajaran kepada pelajar PINTAS pasti tidak akan dilupakan. Para pelajar PINTAS juga mengambil kesempatan ini untuk menaiki bas dari UPSI. Manalah tahu suatu hari nanti ingin mengikuti jejak langkah kakak-kakak UPSI ni :) . Semoga bertemu lagi diprogram akan datang insyaAllah.


PROGRAM 'FUN WITH CLAY' UITM

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Ceramic Department, UITM Seri Iskandar kerana sudi memilih Tadika PINTAS sebagai peserta dalam program yang memang menarik dan menambahkan perkembangan otak serta kreativiti pelajar. Pelbagai hasil yang kreatif telah dihasilkan pelajar dengan segala tunjuk ajar dari abang-abang dan kakak-kakak yang memang sporting. Bahkan ada juga ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama anak mereka dalam program ini. Nanti bolehlah jemput lagi untuk tahun mendatang. Pihak pengurusan serta para pelajar PINTAS mendoakan agar abang-abang serta kakak-kakak akan berjaya dalam karier masing-masing insyaAllah. Tq


PROGRAM TERKINI

1. LAWATAN PELAJAR UPSI
Tarikh : 24/9/2010
Waktu : 8.30 pagi - 12.00 tengahari

2. LAWATAN SAMBIL BELAJAR & SUKANEKA
Tarikh : 28/9/2010
Waktu : 7.30 pagi - 12.00 tengahari

3. PENILAIAN SEM 3
Tarikh : 4-7/10/2010
Waktu : Sepanjang minggu penilaian

4. HARI TERBUKA & PCH 3
Tarikh : 23-24/10/2010
Waktu : Sabtu (8.00pagi 5.30petang),Ahad (8.00pagi-12.00tengahari)

5. MAJLIS IHTIFAL
Tarikh : 7/11/2010
Waktu : Ahad (8.00 pagi)

>> Pihak tadika akan mengedarkan flyer untuk maklumat lanjut mengenai program.

PENASIHAT LUAR PINTAS

Alhamdulilah setelah meneliti & perbincangan dijalankan, secara rasmi Ustaz Haji Zamri iaitu Naib Pengerusi Aman Palestin Perak serta Timbalan Mufti Perak telah bersetuju untuk menjadi penasihat luar. Semoga kebersamaan beliau akan memantapkan lagi tadika PINTAS untuk masa depan insyaAllah.

MAJLIS DANA NKRA 2010

Alhamdulilah syukur kepadaNya kerana Pintas telah terpilih antara 30 tadika swasta yang layak menerima dana NKRA. Di Perak tengah, hanya 2 wakil tadika telah terpilih. InsyaAllah dengan pemberian dana ini pihak kami akan melakukan penambahbaikan dari segi modul serta fasiliti. Antara pesanan yang diberikan sewaktu majlis ialah pentingnya pendidikan dalam membentuk modal insan berkualiti yang bukan hanya pandai tetapi mengamalkan nilai-nilai murni. Doa yang dibacakan juga menyentuh tentang harapan agar setiap anak didik yang berada ditadika akan menjadi insan yang berjaya didunia & akhirat insyaAllah.

Ya Allah Permudahkan Urusan Kami.

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ


* Makluman untuk sesi petang adalah khas untuk pelajar tadika serta kanak-kanak sekitar Seri Iskandar. Sesuai jika ibubapa membawa anak anda pada waktu tersebut yang akan selesai sekitar 7.00 malam.
* Ibubapa yang ingin berbuka puasa bersama Ust Haji Zamri & Ust Shahruzzaman boleh datang ke surau dengan membawa juadah sendiri pada pukul 7.30 malam.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA INI.

TADIKA MAWADDAH SEBAGAI MENTOR PINTAS


Alhamdulilah, lawatan sambil belajar dari pihak pentadbiran Tadika Pintas bersama Tadika Mawaddah dari Kelantan telah berjalan lancar pada cuti sekolah lepas. Pihak Tadika Mawaddah merupakan pemenang tadika swasta terbaik di Kelantan. Perkongsian pengalaman pengurusnya, Kak Zah yang bermula dari rumah dengan seorang pelajar buta huruf amat memberikan inspirasi. Siapa sangka pelajar yang buta huruf itu akhirnya dapat membaca al-quran dalam tempoh yang agak cepat. Bermula dari situlah dengan pelbagai ujian dan halangan, akhirnya Tadika Mawaddah kini mempunyai hampir 9 cawangan termasuk luar Kelantan dengan jumlah pelajar didikan mencecah 800 orang. Kami bersyukur kerana pihak Tadika Mawaddah sudi menjadi mentor & akan membimbing Tadika Pintas dari semua aspek yang diperlukan. Semoga usaha ini akan diberkati Allah SWT. Kepada semua ibubapa terima kasih atas sokongan anda semua. Kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan memberikan yang terbaik insyaAllah.


SELAMAT HARI GURU 2010




JASAMU DIKENANG

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman

PROJEK DANA PINTAS

Assalamualaikum & salam sejahtera, kami di PINTAS ingin mengumumkan sebagai menyahut jihad di dalam bidang ekonomi maka PINTAS telah melakukan perkembangan memasuki bidang perniagaan. Kami berharap agar dengan usaha ini maka PINTAS akan lebih maju untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan yuran yang berpatutan insyaAllah :)

1. Projek Score A

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Untuk demo : http://scorea.com/bm/demo.cfm Tentang score A : http://scorea.com/bm/index.cfm





2. Projek Storm Readers

Stormreaders adalah sebuah syarikat berdaftar dan berlesen yang menjalankan perniagaan secara "Network" atau "Rangkaian" dan menggunakan medium internet sebagai platform di mana pendaftaran ahli, jual beli produk dan pembayaran bonus kepada ahli adalah dijalankan secara online. Sila ke website www.stormreaders.com untuk maklumat lanjut berkenaan syarikat.

Produk Stormreaders secara asasnya adalah bahan-bahan ILMU (filter kepada kejahilan, ubat kepada hati, santapan kepada minda!) dalam bentuk buku, cd dan VCD terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat induk kepada Stormreaders. Untuk view e-katalog produk-produk Storm, sila klik www.stormreaders.net/tadikapintas

http://www.mystormwarrior.com/tadikapintas

Mohd Alif / Azreena

(0139285156/0139221537)

* UNTUK TAKLIMAT PROGRAM SECARA PERCUMA BOLEH HUBUNGI KAMI. BERSAMA MEMBUDAYAKAN ILMU UNTUK KECEMERLANGAN DUNIA & AKHIRAT !

VCD/DVD IHTIFAL 2009

HARGA VCD : RM10 , HARGA DVD : RM20
VIDEO INI TELAH DIMASUKKAN LAGU-LAGU SERTA VIDEO TAMBAHAN. SEMOGA ANDA TERHIBUR!
UNTUK TEMPAHAN SILA SMS KE 0139221537 @ 0139285156