Theme Preview Rss
Showing posts with label IHTIFAL. Show all posts
Showing posts with label IHTIFAL. Show all posts

CORETAN MAJLIS IHTIFAL PINTAS 2010

Alhamdulilah segala puji untukMu Ya Allah kerana dengan keizinMu Majlis Ihtifal PINTAS 2010 telah selesai dijalankan dengan baik hasil kerjasama daripada pelajar AIM(Akademi Ikatan Muslimin), PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) & juga Aman Palestin yang membuka booth pada hari tersebut. Semoga Allah membalas dengan ganjaran terbaik disisiNya.
Majlis ihtifal dimulakan dengan bacaan doa daripada wakil PEMBINA memohon agar semua pelajar PINTAS bukan hanya menjadi pelajar yang pintar tetapi juga soleh dan solehah. Seterusnya ucapan daripada guru besar PINTAS mengenai prestasi pelajar serta perkembangan terkini PINTAS antaranya penggunaan modul tadika hasil pengalaman hampir 15 tahun oleh Kapten Zubaidah iaitu Sistem Gelombang Baru. Majlis akhirnya dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zamri, Timbalan Mufti Perak selaku Penasihat Luar PINTAS. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang peranan keluarga terutama bapa amat penting seperti kisah Nabi Ibrahim yang diuji dari atas dan bawah. Ujian dari atas ialah ketika kecil bapanya mensyirikkan Allah dan ketika dari bawah apabila menerima perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dengan kekuatan keimanan Nabi Ibrahim berjaya mengatasi segalanya dengan izinNya. JazakaAllahu khairan kasira atas nasihat yang diberikan oleh penasihat PINTAS. Pihak kami juga merakamkan penghargaan kepada YB Drs Ustaz Nizar yang sudi menyampaikan hadiah disamping meraikan anaknya sendiri di PINTAS.

Berikut adalah ringkasan aktiviti pada majlis tersebut :
- persembahan hadis & al-quran
- persembahan :nasyid thn 4 (assalamualaikum ibu ayah & sepohon kayu)
drama musikal (pukul 6 pagi)
- penyampaian hadiah sukan
- persembahan :nasyid thn 6 (adakah kau lupa & cahaya iman)
drama musikal (umar alkhattab)
- persembahan :nasyid thn 5 (satu hati & sayang Allah)
drama musikal (padamu ku bersujud)
- persembahan sajak palestin
- ucapan wakil pelajar

Semoga Allah memberkati majlis kita ini. Berjumpa lagi di PINTAS tahun hadapan insyaAllah !



...Hari Ihtifal Pintas 2009...

Assalamualaikum...
Dimaklumkan bahawa pihak tadika Pintas akan menganjurkan Hari Ihtifal bagi tahun 2009 pada 21 November nanti yang akan bertempat di Dewan Serbaguna Institut Kemas. Semua ibu bapa dijemput hadir.

Antara aktiviti yang kami sediakan ialah persembahan pelajar bagi setiap tahun, penyampaian sijil dan lain-lain lagi.


Pelajar2 Tahun 2008