Theme Preview Rss

TADIKA MAWADDAH SEBAGAI MENTOR PINTAS


Alhamdulilah, lawatan sambil belajar dari pihak pentadbiran Tadika Pintas bersama Tadika Mawaddah dari Kelantan telah berjalan lancar pada cuti sekolah lepas. Pihak Tadika Mawaddah merupakan pemenang tadika swasta terbaik di Kelantan. Perkongsian pengalaman pengurusnya, Kak Zah yang bermula dari rumah dengan seorang pelajar buta huruf amat memberikan inspirasi. Siapa sangka pelajar yang buta huruf itu akhirnya dapat membaca al-quran dalam tempoh yang agak cepat. Bermula dari situlah dengan pelbagai ujian dan halangan, akhirnya Tadika Mawaddah kini mempunyai hampir 9 cawangan termasuk luar Kelantan dengan jumlah pelajar didikan mencecah 800 orang. Kami bersyukur kerana pihak Tadika Mawaddah sudi menjadi mentor & akan membimbing Tadika Pintas dari semua aspek yang diperlukan. Semoga usaha ini akan diberkati Allah SWT. Kepada semua ibubapa terima kasih atas sokongan anda semua. Kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan memberikan yang terbaik insyaAllah.