Theme Preview Rss

PENDAFTARAN SEMAKIN RANCAK :)



* sila klik pada gambar untuk membesarkan

Terima kasih kepada semua ibubapa yang proaktif untuk mendaftarkan anak mereka dengan segera. Ini akan memudahkan proses kami untuk menyusun perancangan tahun hadapan. Kepada yang masih belum mendaftar atau yang baru ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak PINTAS. Kami lampirkan peta untuk ke Tadika PINTAS serta cawangan baru Tadika PINTAS RABBANI.

TAHNIAH KEPADA PESERTA KURSUS

Alhamdulilah perancangan pihak PINTAS yang diamanahkan untuk melaksanakan Kursus Kemahiran 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada tarikh yang dimaklumkan. Penyertaan yang amat menggalakkan dari para peserta dari pelbagai bidang serta latarbelakang dan umur dalam kursus ini adalah sesuatu yang membanggakan. Peserta paling jauh datang dari negeri Kelantan dan Pahang. Inilah semangat yang diperlukan untuk menjadi seorang yang sukses. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak Kolej Komuniti Batu Gajah serta mendoakan agar semua peserta mendapat manafaat serta dipermudahkanNYA untuk kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah.

" If your actions inspire others to dream more,
learn more, do more and become more".

PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA PINTAS 2011

MAJLIS IHTIFAL 2011


ihtifal - slideshow maker

Allahuakbar Walillah Hilhamd, alhamdulilah Majlis Ihtifal PINTAS 2011 telah berlangsung dalam suasana yang sederahana tetapi meriah. Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan selingan video motivasi keibubapaan daripada pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah disamping hadirin menjamu selera dengan sarapan pagi percuma sementara menunggu perarakan pelajar pada jam 8.30pagi.
Majlis diteruskan dengan perarakan para graduan PINTAS 2011. Untuk memberkati majlis pada pagi yang indah ini, wakil bapa dijemput untuk membacakan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru besar.
Majlis yang bersejarah bagi graduan PINTAS dirasmikan oleh pengerusinya iaitu En.Mohd Alif Amin Hj Yaakob. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang permasalahan jatidiri remaja atau belia yang sangat meruncing sekarang. Berdasarkan fakta kajian dilakukan oleh professor di UKM bahawa hanya dalam 29% remaja solat penuh 5 waktu. Malah yang cukup membimbangkan iaitu berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan. Ini merupakan satu indikator betapa pentingnya pendidikan secara holistik(Islam) kepada anak-anak semenjak dari kecil.

Kemeriahan majlis diserikan lagi oleh persembahan berikut :
  • Persembahan khas - Semua. : Asmaul Husna, Negaraku, Bebaskan Palestin, Selawat
  • Persembahan - 4 Tahun : Nasyid & Hafazan Surah
  • Pertandingan ‘Islamic Fashion’
  • Penyampaian Hadiah 4 Tahun.
  • Persembahan - 5 Tahun : Hafazan Surah & Bercerita Bahasa Melayu.
  • Penyampaian Hadiah 5 Tahun.
  • Persembahan - 6 Tahun : Hafazan Hadis, Nasyid, English Reading, Bacaan Jawi.
  • Penyampaian Hadiah & Sijil 6 Tahun.
  • Penyampaian Cenderahati Guru-guru.
  • Ucapan wakil murid
  • Penyampaian Hadiah ‘Islamic Fashion’.
  • Penyampaian cenderahati AJK & Penyampai hadiah.
  • Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Semoga kita semua mendapatkan keredhaanNya. Berhibur itu tidak salah kerana hiburan itu indah, namun pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. Jumpa lagi tahun hadapan insyaAllah.

SALAM AIDILADHA

PROGRAM LATIHAN 1MALAYSIA




IHTIFAL TADIKA PINTAS 2011



JAMUAN RAYA & MAJLIS KESYUKURAN MERIAH


Terima kasih diucapkan kepada ibubapa, jiran, kawan-kawan serta ahli kariah surau bandar universiti kerana sudi menerima jemputan ke majlis PINTAS ini. Kehadiran kira-kira hampir 200 orang dari petang sampailah ke malam menjadikan program ini lebih bermakna dengan saling bermaaf-maafan. Tidak lupa juga buat ibubapa yang sanggup memberikan sumbangan berupa wang & makanan sebagai tambahan juadah untuk dinikmati bersama. Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang lebih lagi. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA KERJASAMA MASJID AN-NUR


Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila mendapat tahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran. Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin.

Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan dan persaudaraan Islam, maka tadika PINTAS dengan kerjasama Masjid An-nur UTP akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia 2011. Disamping mengharapkan ganjaran pahalaNYA, ini juga sebagai salah satu bentuk pendidikan kepada pelajar PINTAS untuk sentiasa bersyukur dengan nikmatNYA, membentuk peribadi yang suka menolong dan mudah-mudahan Allah memberkati pelajar & ibubapa PINTAS.



MAJLIS JAMUAN RAYA & SILATURAHIM

PENDAFTARAN SESI BARU OKTOBER 2011 & JANUARI 2012


Assalamualaikum, kami dari pihak PINTAS dalam perancangan membuka cawangan di Taman Gemilang & SIDEC insyaAllah. Kepada ibubapa yang berminat mendapatkan info lanjut bolehlah menghubungi pihak kami dalam masa terdekat. Pihak kami juga memohon untuk disebarkan makluman ini kepada penduduk taman berkenaan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini diberkati Allah.


HAPPY RAMADAN AL MUBARAK

SUKAN PINTAS 2011

1. Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…”- (60 : al-Anfal)

2. Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan.
Firman Allah swt:“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan
tubuh badan pada diri talut.”(247 : al-Baqarah)

3. Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah.
Nabi saw bersabda:Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”(Hr Muslim –sahih)

4. Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:
Maksudnya:“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hr Bukhari – sahih)


PRODUK PEMAKANAN SUNNAH


Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah . Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.
     
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?
Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;
+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)
+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat
+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
+ Memperlambat prose penuan.
 
* Boleh didapati di Tadika Pintar Anak Soleh, No 32, Jalan U11, Bandar Universiti, 32610, Seri Iskandar, Perak  (0139221537)
* PENGHANTARAN POS EKSPRESS/POSLAJU HANYA UTK 3 HINGGA 11 KOTAK KECIL ADALAH RM6.  MANAKALA UTK 12 KOTAK KECIL (240 BIJI)  ADALAH PERCUMA.

SAMBUTAN HARI GURU PINTAS 2011

Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah insyaAllah