Alhamdulilah setelah meneliti & perbincangan dijalankan, secara rasmi Ustaz Haji Zamri iaitu Naib Pengerusi Aman Palestin Perak serta Timbalan Mufti Perak telah bersetuju untuk menjadi penasihat luar. Semoga kebersamaan beliau akan memantapkan lagi tadika PINTAS untuk masa depan insyaAllah.
PENASIHAT LUAR PINTAS
Alhamdulilah setelah meneliti & perbincangan dijalankan, secara rasmi Ustaz Haji Zamri iaitu Naib Pengerusi Aman Palestin Perak serta Timbalan Mufti Perak telah bersetuju untuk menjadi penasihat luar. Semoga kebersamaan beliau akan memantapkan lagi tadika PINTAS untuk masa depan insyaAllah.
MAJLIS DANA NKRA 2010
Alhamdulilah syukur kepadaNya kerana Pintas telah terpilih antara 30 tadika swasta yang layak menerima dana NKRA. Di Perak tengah, hanya 2 wakil tadika telah terpilih. InsyaAllah dengan pemberian dana ini pihak kami akan melakukan penambahbaikan dari segi modul serta fasiliti. Antara pesanan yang diberikan sewaktu majlis ialah pentingnya pendidikan dalam membentuk modal insan berkualiti yang bukan hanya pandai tetapi mengamalkan nilai-nilai murni. Doa yang dibacakan juga menyentuh tentang harapan agar setiap anak didik yang berada ditadika akan menjadi insan yang berjaya didunia & akhirat insyaAllah.Ya Allah Permudahkan Urusan Kami.
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

* Makluman untuk sesi petang adalah khas untuk pelajar tadika serta kanak-kanak sekitar Seri Iskandar. Sesuai jika ibubapa membawa anak anda pada waktu tersebut yang akan selesai sekitar 7.00 malam.
* Ibubapa yang ingin berbuka puasa bersama Ust Haji Zamri & Ust Shahruzzaman boleh datang ke surau dengan membawa juadah sendiri pada pukul 7.30 malam.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA INI.
TADIKA MAWADDAH SEBAGAI MENTOR PINTAS
SELAMAT HARI GURU 2010
JASAMU DIKENANG
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman
PROJEK DANA PINTAS
1. Projek Score A
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana. Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A. Untuk demo : http://scorea.com/bm/demo.cfm Tentang score A : http://scorea.com/bm/index.cfm
|
|
|
|
|
2. Projek Storm Readers
Produk Stormreaders secara asasnya adalah bahan-bahan ILMU (filter kepada kejahilan, ubat kepada hati, santapan kepada minda!) dalam bentuk buku, cd dan VCD terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat induk kepada Stormreaders. Untuk view e-katalog produk-produk Storm, sila klik
http://www.mystormwarrior.com/tadikapintas
Mohd Alif / Azreena
(0139285156/0139221537)
VCD/DVD IHTIFAL 2009
HARI PENERANGAN & PERTEMUAN MAHABBAH IBUBAPA PINTAS
TARIKH : 3/1/2010 (Ahad)
MASA : 9 PAGI
TEMPAT : TADIKA PINTAS, NO 1, JALAN U20, BANDAR UNIVERSITI, SERI ISKANDAR, 32610, PERAK
AGENDA : 1. PENERANGAN TADIKA 2. SESI SOAL JAWAB 3. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN
>> JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN
>> PELUANG MENDAPAT HADIAH MELALUI CABUTAN BERTUAH
* Anda berpeluang menjemput saudara-mara @ sahabat handai yang berminat untuk mengenali PINTAS
* Kami berharap ibubapa dapat menyelesaikan yuran pendaftaran sebelum @ pada tarikh ini untuk memudahkan pihak pengurusan serta pembelajaran di PINTAS nanti. Kerjasama anda amat dihargai.
* Pembayaran secara online/deposit (minta sms serta simpan bukti untuk rujukan)
ACC MAYBANK : 153010391771 ACC BIMB : 03036020206182 ACC CIMB : 03010082347523
nama pemegang akaun - Mohd Alif Amin Yaakob
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : PN. AZREENA ( 0139221537)
5 CINTA
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
Labels
- IHTIFAL (2)
- INFO PINTAS (17)
- KEISTIMEWAAN PINTAS (3)
- KISAH PINTAS (5)
- MEMO TERBARU (19)
- PROGRAM (60)
- PROJEK DANA PINTAS (2)





