
Alhamdulilah syukur kepadaNya kerana Pintas telah terpilih antara 30 tadika swasta yang layak menerima dana NKRA. Di Perak tengah, hanya 2 wakil tadika telah terpilih. InsyaAllah dengan pemberian dana ini pihak kami akan melakukan penambahbaikan dari segi modul serta fasiliti. Antara pesanan yang diberikan sewaktu majlis ialah pentingnya pendidikan dalam membentuk modal insan berkualiti yang bukan hanya pandai tetapi mengamalkan nilai-nilai murni. Doa yang dibacakan juga menyentuh tentang harapan agar setiap anak didik yang berada ditadika akan menjadi insan yang berjaya didunia & akhirat insyaAllah.
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana. Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A. Untuk demo : http://scorea.com/bm/demo.cfm Tentang score A : http://scorea.com/bm/index.cfm
|
|
|
|
|
Produk Stormreaders secara asasnya adalah bahan-bahan ILMU (filter kepada kejahilan, ubat kepada hati, santapan kepada minda!) dalam bentuk buku, cd dan VCD terbitan Telaga Biru Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat induk kepada Stormreaders. Untuk view e-katalog produk-produk Storm, sila klik
http://www.mystormwarrior.com/tadikapintas
Mohd Alif / Azreena
(0139285156/0139221537)
