Theme Preview Rss

MAJLIS IHTIFAL 2011


ihtifal - slideshow maker

Allahuakbar Walillah Hilhamd, alhamdulilah Majlis Ihtifal PINTAS 2011 telah berlangsung dalam suasana yang sederahana tetapi meriah. Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan selingan video motivasi keibubapaan daripada pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah disamping hadirin menjamu selera dengan sarapan pagi percuma sementara menunggu perarakan pelajar pada jam 8.30pagi.
Majlis diteruskan dengan perarakan para graduan PINTAS 2011. Untuk memberkati majlis pada pagi yang indah ini, wakil bapa dijemput untuk membacakan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru besar.
Majlis yang bersejarah bagi graduan PINTAS dirasmikan oleh pengerusinya iaitu En.Mohd Alif Amin Hj Yaakob. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang permasalahan jatidiri remaja atau belia yang sangat meruncing sekarang. Berdasarkan fakta kajian dilakukan oleh professor di UKM bahawa hanya dalam 29% remaja solat penuh 5 waktu. Malah yang cukup membimbangkan iaitu berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan. Ini merupakan satu indikator betapa pentingnya pendidikan secara holistik(Islam) kepada anak-anak semenjak dari kecil.

Kemeriahan majlis diserikan lagi oleh persembahan berikut :
  • Persembahan khas - Semua. : Asmaul Husna, Negaraku, Bebaskan Palestin, Selawat
  • Persembahan - 4 Tahun : Nasyid & Hafazan Surah
  • Pertandingan ‘Islamic Fashion’
  • Penyampaian Hadiah 4 Tahun.
  • Persembahan - 5 Tahun : Hafazan Surah & Bercerita Bahasa Melayu.
  • Penyampaian Hadiah 5 Tahun.
  • Persembahan - 6 Tahun : Hafazan Hadis, Nasyid, English Reading, Bacaan Jawi.
  • Penyampaian Hadiah & Sijil 6 Tahun.
  • Penyampaian Cenderahati Guru-guru.
  • Ucapan wakil murid
  • Penyampaian Hadiah ‘Islamic Fashion’.
  • Penyampaian cenderahati AJK & Penyampai hadiah.
  • Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Semoga kita semua mendapatkan keredhaanNya. Berhibur itu tidak salah kerana hiburan itu indah, namun pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. Jumpa lagi tahun hadapan insyaAllah.

SALAM AIDILADHA

PROGRAM LATIHAN 1MALAYSIA




IHTIFAL TADIKA PINTAS 2011



JAMUAN RAYA & MAJLIS KESYUKURAN MERIAH


Terima kasih diucapkan kepada ibubapa, jiran, kawan-kawan serta ahli kariah surau bandar universiti kerana sudi menerima jemputan ke majlis PINTAS ini. Kehadiran kira-kira hampir 200 orang dari petang sampailah ke malam menjadikan program ini lebih bermakna dengan saling bermaaf-maafan. Tidak lupa juga buat ibubapa yang sanggup memberikan sumbangan berupa wang & makanan sebagai tambahan juadah untuk dinikmati bersama. Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang lebih lagi. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA KERJASAMA MASJID AN-NUR


Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila mendapat tahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran. Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin.

Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan dan persaudaraan Islam, maka tadika PINTAS dengan kerjasama Masjid An-nur UTP akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia 2011. Disamping mengharapkan ganjaran pahalaNYA, ini juga sebagai salah satu bentuk pendidikan kepada pelajar PINTAS untuk sentiasa bersyukur dengan nikmatNYA, membentuk peribadi yang suka menolong dan mudah-mudahan Allah memberkati pelajar & ibubapa PINTAS.



MAJLIS JAMUAN RAYA & SILATURAHIM

PENDAFTARAN SESI BARU OKTOBER 2011 & JANUARI 2012


Assalamualaikum, kami dari pihak PINTAS dalam perancangan membuka cawangan di Taman Gemilang & SIDEC insyaAllah. Kepada ibubapa yang berminat mendapatkan info lanjut bolehlah menghubungi pihak kami dalam masa terdekat. Pihak kami juga memohon untuk disebarkan makluman ini kepada penduduk taman berkenaan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini diberkati Allah.


HAPPY RAMADAN AL MUBARAK

SUKAN PINTAS 2011

1. Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…”- (60 : al-Anfal)

2. Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan.
Firman Allah swt:“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan
tubuh badan pada diri talut.”(247 : al-Baqarah)

3. Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah.
Nabi saw bersabda:Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”(Hr Muslim –sahih)

4. Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:
Maksudnya:“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hr Bukhari – sahih)


PRODUK PEMAKANAN SUNNAH


Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah . Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.
     
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?
Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;
+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)
+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat
+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
+ Memperlambat prose penuan.
 
* Boleh didapati di Tadika Pintar Anak Soleh, No 32, Jalan U11, Bandar Universiti, 32610, Seri Iskandar, Perak  (0139221537)
* PENGHANTARAN POS EKSPRESS/POSLAJU HANYA UTK 3 HINGGA 11 KOTAK KECIL ADALAH RM6.  MANAKALA UTK 12 KOTAK KECIL (240 BIJI)  ADALAH PERCUMA.

SAMBUTAN HARI GURU PINTAS 2011

Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah insyaAllah


SELAMAT HARI GURU & MEMPERINGATI NAKBAH PALESTIN


PROGRAM KESIHATAN & PEMERIKSAAN GIGI

Sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat"-
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


Seorang Muslim digalakkan sekurang-kurangnya bersugi sebanyak 20 kali sehari iaitu ketika solat lima waktu, solat-solat sunat rawatib, solat dhuha, witir dan ketika masuk ke rumah kerana Rasulullah SAW memulakan memasuki rumah dengan bersugi sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim dari Aishah RA. Begitu juga ketika membaca al-Quran, ketika mulut berbau, ketika bangun dari tidur dan ketika berwudhu'

Rasulullah SAW bersabda:"Bersugi adalah menyucikan mulut dan mendapat keredhaan Allah."- (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

Alhamdulilah para pelajar PINTAS sangat bertuah kerana menerima jemputan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dari Perak Tengah untuk sesi taklimat tentang kesihatan berkaitan gigi. Semoga apa yang telah disampaikan semasa program boleh diamalkan pelajar bukan hanya di PINTAS tetapi dirumah sendiri & dimana sahaja agar senyuman pelajar akan lebih berseri insyaAllah. Terima kasih sekali lagi dari pihak kami.


BANTUAN YURAN NKRA

Assalamualaikum & salam sejahtera,berita baik untuk ibubapa yang kekurangan dari segi kewangan keluarga, dibawah NKRA telah disalurkan bantuan yuran iaitu sebanyk RM150 sebulan kepada ibubapa yang layak. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan salah satunya ialah prasekolah. Sasaran ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan. Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan. Jadi kepada ibubapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak PINTAS untuk perbincangan. Yang paling penting kami cuba memberi yang terbaik insyaAllah.


Ibubapa PINTAS menerima bantuan yuran NKRA untuk sesi 2010

QIRAATI MENTAL

AZAM TEKAD TAHUN 2011

KHIDMAT AKHIR TAHUN:PROGRAM CEPAT PANDAI BACA

TRAINING PROGRAM 2010

Kami ingin meminta maaf kepada ibubapa yang berminat menghantar untuk program-program yang dirancang sempena cuti sekolah di PINTAS kerana tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Sebagai tadika dibawah geran NKRA, pihak kami diminta oleh JPN Perak untuk menghantar semua guru ke training program selama 3 minggu di bawah seliaan Kolej TAJ, Ipoh. Kursus ini sangat penting kerana dapat meningkatkan kemahiran setiap guru dan setiap guru akan menerima sijil pengesahan rasmi yang mereka terlatih dan layak untuk mengajar di tadika swasta. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana memperuntukkan sehingga berjuta ringgit bagi memberikan kursus ini untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di tadika.