Theme Preview Rss

VIDEO LAWATAN SAMBIL BELAJAR&SUKANEKA 2012



Disekeliling kita terdapat banyak ciptaan Allah. Binatang, tumbuh-tumbuhan, bangunan-bangunan, lautan luas, hutan belantara, pokok-pokok dan banyak lagi ciptaan yangNYA. Tidak lain melainkan sebagai peringatan kepada kita dan menyedarkan kita hakikat penciptaan Allah yang Maha Agung. Kalau difikirkan dengan isu seperti berlaku kes pembuangan bayi sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya maka perlulah kita renungkan dengan firman Allah SWT ini :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179

Jika kita perhatikan dalam ayat tersebut maka jelas sekali manusia perlu menggunakan nikmat yang Allah berikan iaitu hati, mata & telinga (elemen pembelajaran) untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah SWT.

Alhamdulilah walaupun dengan kepenatan dalam melaksanakan program ini tetapi guru-guru serta para pelajar PINTAS amat seronok dapat bersama-sama dengan Pak Abu & sahabat-sahabatnya yang memberikan tunjuk ajar & pelbagai maklumat ketika berada di zoo taiping. Pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk mengenali haiwan yang mungkin tidak pernah lihat secara langsung seperti harimau, zirafah, buaya & macam-macam lagi. Paling istimewa yang pasti tidak dilupakan adalah memberi makan sejenis binatang seperti kanggaru yang kecil. Syukur semuanya dalam keadaan baik & selamat ketika pulang. Nanti jangan lupa kongsi cerita kat adik,kakak,abang serta ibu dan ayah dirumah ya !.

KIDS RAMADAN @ PI NTAS 2012



Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud,

‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan
sampaikan kami Ramadhan.’

(Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!.

Sempena dengan menyambut kedatangan Ramadan maka Tadika PINTAS akan melancarkan buku khas bertajuk "Ramadan Activity Book" dalam program Kids Ramadan @ PINTAS. Semua para pelajar PINTAS akan diberikan PERCUMA (tidak dijual hanya untuk pelajar PINTAS sahaja) sebagai aktiviti tambahan bagi menambahkan pengetahuan para pelajar tentang bulan yang sangat istimewa ini.

Dari pihak pengurusan PINTAS kami memohon maaf & semoga Ramadan yang akan tiba kita mendapat kerahmatan, keampunan & pembebasan dari api neraka. Taqaballahu minna wa minkum

PROGRAM LAWATAN & SUKANEKA 2012

MAJLIS KESYUKURAN





ALHAMDULILAH SETELAH TERPILIH UNTUK PROGRAM BERSAMA SYARIKAT TERKEMUKA DUTCH LADY (MALAYSIA), TADIKA PINTAS SEKALI LAGI DI PILIH & MERUPAKAN SUATU PENGHARGAAN UNTUK TERLIBAT BERSAMA PROGRAM DENGAN HORLICKS (MALAYSIA). SESUNGGUHNYA PENGLIBATAN SYARIKAT LUAR DALAM ASPEK PENDIDIKAN & KESIHATAN MERUPAKAN SATU LANGKAH TERPUJI & SEPATUTNYA TERUS DILAKSANAKAN UNTUK MASA AKAN DATANG. INI ADALAH SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN YANG INGIN MELAHIRKAN PELAJAR YANG BUKAN SAHAJA INTELEK BAHKAN EMOSI, ROHANI & JASMANI YANG CEMERLANG. TERIMA KASIH DARI PIHAK PENGURUSAN & SEMOGA PELAJAR DAPAT MEMANAFAATKAN ILMU YANG TELAH DIKONGSIKAN BERSAMA INSYAALLAH :)

PERTANDINGAN MEWARNA PERPUSTAKAAN PERAK TENGAH



Alhamdulilah tahniah diucapkan kepada pelajar Tadika Pintas dan Tadika Pintas Rabbani kerana berjaya mengungguli pertandingan mewarna bagi peringkat Perak Tengah anjuran Perpustakaan Awam Perak Tengah. Warga Pintas amat berbangga kepada pemenang pertama iaitu Irdina Kamilah (6 tahun), pemenang kedua adik Mirza Damia (6 tahun) dan tidak lupa saguhati kepada Fatihah Naziha (6 tahun) dan 'Aisyah Sumayyah(4 tahun). Selain mewarna para pelajar juga diberikan ilmu lain berkaitan dengan kreativiti. Terima kasih bagi pihak kami atas pengajuran program ini.

Video UHT Kids Education Program

Kenangan bersama wakil syarikat Dutch Lady (Malaysia). Kalau ada rezeki jemputlah datang lagi :)


PERTANDINGAN MEWARNA DI UTP 2012

Pada 14/3/2012 bertempat di Perpustakaan UTP telah berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Kami dari pihak pengurusan PINTAS mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan UTP yang sudi menjemput pelajar PINTAS untuk menyertai pertandingan. Tahniah diucapkan kepada adik MIRZA DAMIA dari PINTAS RABBANI kerana menjadi JOHAN dan juga adik ALLEEYA MIRZA dari PINTAS yang memenangi tempat ke 3. Semoga aktiviti sebegini akan menjadi kenangan manis buat semua pelajar

UHT Kids Education Program


Alhamdulilah PINTAS had been selected to run the UHT Kids Education Program under Dutch Lady (Malaysia). The objectives of this program are to educate students and family about the nutirional goodness of milk which offers nutrients consisting of magnesium, calcium, vitamins and protein to support and help physical growth and development children healthy. Beside that we also like to educate the goodness of drinking 2 glass of milk everyday among kids dan parents can make their bone and teeth stronger, taller and healthy. Details of program as below:
* Introduction & TVC

* Puppet show and sing along action with mascot

* Teach the kids to do some action in the song
* Recap of key messages via short story telling
* Distribute premium to all student.

Hope all of us will enjoy this program :)

SALAM MAULIDUR RASUL


Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati ku amalkan sejak dini

Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menuju surga

SEMOGA SEGALA ILMU DIPELAJARI DIBERKATINYA :)

TAQWIM 2012

assalamualaikum kepada semua ibubapa PINTAS semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria. Pihak kami telah mengedarkan buku panduan PINTAS 2012 yang mengandungi info-info yang penting seperti takwim, silibus, jadual kelas, peraturan dan pelbagai lagi. Diharapkan pihak ibubapa menerima dan membaca buku tersebut. Jika ada persoalan atau masih belum menerimanya sila berhubung dengan pengurusan PINTAS. Terima kasih kerana memilih PINTAS.

TAQWIM PINTAS 2O12


* Tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa akan dimaklumkan.

PENDAFTARAN SEMAKIN RANCAK :)



* sila klik pada gambar untuk membesarkan

Terima kasih kepada semua ibubapa yang proaktif untuk mendaftarkan anak mereka dengan segera. Ini akan memudahkan proses kami untuk menyusun perancangan tahun hadapan. Kepada yang masih belum mendaftar atau yang baru ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak PINTAS. Kami lampirkan peta untuk ke Tadika PINTAS serta cawangan baru Tadika PINTAS RABBANI.

TAHNIAH KEPADA PESERTA KURSUS

Alhamdulilah perancangan pihak PINTAS yang diamanahkan untuk melaksanakan Kursus Kemahiran 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada tarikh yang dimaklumkan. Penyertaan yang amat menggalakkan dari para peserta dari pelbagai bidang serta latarbelakang dan umur dalam kursus ini adalah sesuatu yang membanggakan. Peserta paling jauh datang dari negeri Kelantan dan Pahang. Inilah semangat yang diperlukan untuk menjadi seorang yang sukses. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak Kolej Komuniti Batu Gajah serta mendoakan agar semua peserta mendapat manafaat serta dipermudahkanNYA untuk kejayaan dunia dan akhirat insyaAllah.

" If your actions inspire others to dream more,
learn more, do more and become more".

PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA PINTAS 2011

MAJLIS IHTIFAL 2011


ihtifal - slideshow maker

Allahuakbar Walillah Hilhamd, alhamdulilah Majlis Ihtifal PINTAS 2011 telah berlangsung dalam suasana yang sederahana tetapi meriah. Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan selingan video motivasi keibubapaan daripada pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah disamping hadirin menjamu selera dengan sarapan pagi percuma sementara menunggu perarakan pelajar pada jam 8.30pagi.
Majlis diteruskan dengan perarakan para graduan PINTAS 2011. Untuk memberkati majlis pada pagi yang indah ini, wakil bapa dijemput untuk membacakan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru besar.
Majlis yang bersejarah bagi graduan PINTAS dirasmikan oleh pengerusinya iaitu En.Mohd Alif Amin Hj Yaakob. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang permasalahan jatidiri remaja atau belia yang sangat meruncing sekarang. Berdasarkan fakta kajian dilakukan oleh professor di UKM bahawa hanya dalam 29% remaja solat penuh 5 waktu. Malah yang cukup membimbangkan iaitu berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan. Ini merupakan satu indikator betapa pentingnya pendidikan secara holistik(Islam) kepada anak-anak semenjak dari kecil.

Kemeriahan majlis diserikan lagi oleh persembahan berikut :
  • Persembahan khas - Semua. : Asmaul Husna, Negaraku, Bebaskan Palestin, Selawat
  • Persembahan - 4 Tahun : Nasyid & Hafazan Surah
  • Pertandingan ‘Islamic Fashion’
  • Penyampaian Hadiah 4 Tahun.
  • Persembahan - 5 Tahun : Hafazan Surah & Bercerita Bahasa Melayu.
  • Penyampaian Hadiah 5 Tahun.
  • Persembahan - 6 Tahun : Hafazan Hadis, Nasyid, English Reading, Bacaan Jawi.
  • Penyampaian Hadiah & Sijil 6 Tahun.
  • Penyampaian Cenderahati Guru-guru.
  • Ucapan wakil murid
  • Penyampaian Hadiah ‘Islamic Fashion’.
  • Penyampaian cenderahati AJK & Penyampai hadiah.
  • Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Semoga kita semua mendapatkan keredhaanNya. Berhibur itu tidak salah kerana hiburan itu indah, namun pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. Jumpa lagi tahun hadapan insyaAllah.