Theme Preview Rss

HARI PENERANGAN & PERTEMUAN MAHABBAH IBUBAPA PINTAS


TARIKH : 3/1/2010 (Ahad)

MASA : 9 PAGI

TEMPAT : TADIKA PINTAS, NO 1, JALAN U20, BANDAR UNIVERSITI, SERI ISKANDAR, 32610, PERAK

AGENDA : 1. PENERANGAN TADIKA 2. SESI SOAL JAWAB 3. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

>> JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN

>> PELUANG MENDAPAT HADIAH MELALUI CABUTAN BERTUAH

* Anda berpeluang menjemput saudara-mara @ sahabat handai yang berminat untuk mengenali PINTAS

* Kami berharap ibubapa dapat menyelesaikan yuran pendaftaran sebelum @ pada tarikh ini untuk memudahkan pihak pengurusan serta pembelajaran di PINTAS nanti. Kerjasama anda amat dihargai.

* Pembayaran secara online/deposit (minta sms serta simpan bukti untuk rujukan)

ACC MAYBANK : 153010391771 ACC BIMB : 03036020206182 ACC CIMB : 03010082347523
nama pemegang akaun - Mohd Alif Amin Yaakob

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : PN. AZREENA ( 0139221537)

5 CINTA

SEMINAR BAITI JANNATI


...Ujian Penilaian Akhir Tahun...

Bersedia untuk menjawab soalan

Dari belakang

Pelajar2 khusyuk menjawab soalan

Jawab jangan tak jawab

...Ujian Penilaian Akhir Tahun...

Selepas menjalani minggu "study week" pada 19-23 okt lepas,
maka sekarang tibalah masanya untuk anak2 pintas diuji.

Ujian Penilaian Akhir Tahun akan bermula pada 26-30 okt.
Diharap semua ibu bapa dapat memantau anak masing2 dirumah.


CADANGAN UJIAN PENILAIAN 5 TAHUN

KOMPONEN

Kerohanian

a) Praktikal solat

-pelajar akan diuji bagaimana mengambil wudu’ dengan betul

-pelajar akan melakukan pergerakan solat spt berdiri tegak,ruku’,sujud dan duduk antara dua sujud.


b)
Hafalan hadis
-pelajar akan diuji dengan hafalan hadis yang telah dipelajari secara lisan.


c)
Hafalan surah
-pelajar akan membaca surah dari Al Fatihah hingga surah Al masad


Bahasa dan komunikasi


a)
Bahasa Melayu- Bacalah Anakku 1
-
pelajar akan mewarnakan bunyi a,i,u,na,ni,nu mengikut arahan yang diberi.
-
Pelajar akan menulis semula ana,ani dan abu.

b)
Bahasa Inggeris – vocab untuk phonic A-F
- pelajar akan memadankan gambar dengan perkataan yang diberi.

- pelajar mewarnakan gambar berdasarkan perkataan yang diberi.
- pelajar akan membulatkan perkataan berdasarkan gambar yang diberi.

Kognitif


a)
Sains
I.
Our sense - pelajar akan mengecam bentuk fingerprint yang sama.
II.
Bird - pelajar akan memadankan gambar mengikut jenis makanan burung
III.
Habitat - maze-pelajar akan mencari habitat bagi arnab
IV.
Our Heart - melakar bentuk jantung mengikut dot

b)
Matematik
I.
Less and More
-pelajar akn membuat tanda objek yang banyak

-pelajar akan
membulatkan objek yang sedikit.

II.
Numbering 1-50

-pelajar akan menulis number 1-20 dalam kotak yang diberikan.

-pelajar akan melengkapkan nombor dalam dam ular yang disediakan .


III.
Pelajar akan menambah menambah dalam lingkungan 10.

...Gelagat Anak2 Pintas...


Aiman and the geng sedang merancang sesuatu


Pertandingan kubu paling kuat dan kukuh: Kubu Aiman and the geng


Pertandingan kubu paling kuat dan kukuh: Kubu Darwish and the geng


Kereta mainan ajaib, boleh muatkan 6 orang penumpang


"Jus Oren dan Donut Istimewa"

"Jus Oren dan Donut Istimewa"
Itulah menu istimewa bagi pelajar-pelajar 6 tahun pintas pada hari jumaat, 16 okt lepas. Masing-masing seronok bila dapat menghasilkan jus oren dan donut dengan sendirinya, dalam apa2 bentuk yang disukai. Aktiviti ini dibantu dan dikawal oleh Teacher Naimah dan Teacher Zida.
Pelajar2 perempuan dengan donut masing2


Pelajar lelaki dengan donut masing2


Aisyah farhana tengah menghasilkan jus oren


Hazim dengan donutnya

Darwish dengan donutnya yang berbentuk bintang yang dipanggil "patrick".

Alya Adriana dengan donutnya

...Hari Ihtifal Pintas 2009...

Assalamualaikum...
Dimaklumkan bahawa pihak tadika Pintas akan menganjurkan Hari Ihtifal bagi tahun 2009 pada 21 November nanti yang akan bertempat di Dewan Serbaguna Institut Kemas. Semua ibu bapa dijemput hadir.

Antara aktiviti yang kami sediakan ialah persembahan pelajar bagi setiap tahun, penyampaian sijil dan lain-lain lagi.


Pelajar2 Tahun 2008

...Due Date Pendaftaran...

Salam...kepada semua ibu bapa yang di hormati sekalian, di sini ingin saya umumkan bahawa due date untuk pendaftaran Tadika PINTAS bg tahun 2010 adalah pada 16 Oktober 2009. Di harap pihak tuan/puan boleh mengambil tindakan yang segera.Sekian.

...Pendaftaran 2010 dibuka sekarang...


Assalamualaikum...



Dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar tadika Pintas bagi sesi 2010 di buka sekarang.
Terhad kepada 100 pelajar pertama sahaja (siapa cepat, dia dapat)
Pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang sahaja
Kategori umur: 4, 5 dan 6 tahun
Pelbagai pakej kami sediakan.

Sila hubungi:

Cik Muzakkirah 013-6288295
Pn Najiha 019-4556083
Pn Azreena 013-9221537

...Pengalaman Kami...

Pengalaman:


* Mengurus dan menjadi fasilitator program motivasi untuk pelajar university, matrikulasi, sekolah menengah dan rendah.


* Mengurus dan mengajar tuisyen sekolah rendah dan menengah.


* Mengajar beberapa tadika swasta.


* Mendidik dan mengasuh di taska swasta.


Kursus-kursus yang telah dihadiri:


* Kursus Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak anjuran JPN Perak (April 2007)


* Seminar Institusi Pendidikan Swasta anjuran JPN Perak (Jun 2007)


* Seminar Perkembangan Psikologi & Pendidikan Kanak-kanak “Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa” anjurn Kementerian Perpaduan (Ogos 2007)


* Bengkel Pergerakan Kreatif anjuran Educate2Learn (September 2007)


* Kursus Pembangunan Ibu Bapa & Anak-anak Cemerlang / Anak Istimewa anjuran Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak Nury (Oktober 2007)

...Teacher Oh Teacher...

PROFIL PENDIDIK


Ikrar warga pendidik tadika PINTAS

Amanah dijunjung, tanggungjawab dikalek

Demi untuk…


“Melaju Ke Arah Pembentukan Generasi Rabbani”


Guru…

Dalam ajarnya ada harapan,

Dalam tegurnya ada doa,

Dalam marahnya ada saying,

Dalam tawanya ada mesra,

Dalam diamnya ada bijaksana,

Dalam tangannya kita terbina,

Maka,

Berbahagialah menjadi guru,

Terima kasih cikgu…

****************************

...Menarik Tentang Kami...


SISTEM TARBIYAH TADIKA PINTAS

Penerapan akidah, ibadah dan akhlak islami yang sebenar

Pelatihan hafazan Al-Quran, hadis, doa dan zikir secara sistematik

Kisah-kisah dari Al-Quran, kisah rasul dan para sahabat

Integrasi system tarbiyah dan akademik


KURIKULUM AKADEMIK TADIKA PINTAS

Bahasa Melayu (Bacalah Anakku, Bacalah Manjaku Sayang)

English Reading : English for Everyone; Quick Reading

Perkembangan kognitif (Mathematics & Science)

Seni dan Kreativiti (Draw Squad)

Brain Development (Logico Primo)

Kemahiran Hidup (berkebun, mengemas dan memasak)

Qiraati : pendektan individu

Pendidikan Jasmani & Kesihatan


AKTIVITI TAHUNAN

Hari Orientasi

Hari Sukan

Parent’s Consultation Hour

Sambutan Hari-hari Kebesaran Dalam Islam

Sambutan Hari Lahir Pelajar

Jamuan Hari Raya

Hari Ihtifal

...Keistimewaan...


* Menekankan pembentukan akidah dan keimanan.


* Menitikberatkan perkembangan sosial, akhlak dan sahsiah.


* Medium penyampaian tri-bahasa iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


* Sistem pengajaran bertema dan kreatif.


* Teknik pengajaran secara individu (English reading, membaca- rumi dan jawi)


* Persekitaran ceria dan aman-menarik minat belajar


* Mewujudkan suasana mesra ibu bapa dan guru melalui program-program seperti:

“Open Day, Parent Consultation Hours, Parent and Teacher Meeting, Sports Day dan lain-lain”


* Bilangan kecil bagi setiap kelas (Guru : Murid = 1 : 15).


* Tenaga pengajar terpilih, terlatih dan penyayang.

SEPINTAS LALU…TADIKA P.I.N.T.A.S



Tadika Pintar Anak Soleh atau singkatannya Tadika PINTAS merupakan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang professional dan sistematik. Kurikulum pusat pendidikan yang memfokuskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini adalah berdasarkan kepada Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan Malaysia.

Tadika PINTAS telah di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 23 Mei 2007 dan akan memulakan operasinya pada 2 Januari 2008 di Bandar Universiti. Lokasi ini dipilih memandangkan potensinya yang besar sebagai sebuah bandar pendidikan selain untuk menampung institusi pendidikan awal kanak-kanak yang masih kurang di sekitar daerah Perak Tengah.

Sistem pendidikan yang menitik beratkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang islamik ini sentiasa berusaha untuk mencapai objektif utamanya iaitu untuk membangun jiwa kanak-kanak dalam aura syurgawi. Sehubungan dengan itu, bukan sekadar sebagai sebuah pusat pendidikan, tetapi diperteguh dengan kajian berterusan demi melahirkan kanak-kanak berjiwa besar dan berkarakter insane kamil, cemerlang dunia dan akhirat.

Tadika PINTAS ditubuhkan oleh graduan pelbagai lulusan dari pelbagai IPTA dan IPTS, setelah menyedari betapa seriusnya keruntuhan akhlak dan gejala social yang melanda masyarakat hari ini. Hakikat “melentur buluh biarlah dari rebungnya” menjadi cetusan idea untuk mereka memfokuskan generasi muda seawal usia pra-sekolah.

...Sekapur Sireh...

Assalamualaikum Wrt. Wbt.




“Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar” (Al-Anfal:28)

Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu, anak- anak perlulah diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak yang soleh, berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibu-bapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan Al-Quran itu sendiri. Oleh itu, pihak Tadika Pintar Anak Soleh (Tadika PINTAS) bersedia menawarkan sebuah tadika yang member penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akademik demi keseimbangan dalam proses pendidikan mereka.

Antara objektif utama Tadika PINTAS ialah:
* Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu & seimbang antara rohani dan jasmani : agama dan akademik.
* Melahirkan satu generasi yang celik Al-Quran sekaligus sebagai generasi penghafaz dan mengamalkannya.
* Menghidupkan suatu biah atau suasana solehah dalam keluarga dan masyarakat dengan akhlak yang mulia.
* Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Harapan kami agar segala usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan generasi yang bertamadun dan berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Sekian, wassalam.

...Premis kami...

NO 1, JALAN BANDAR U20,
BANDAR
UNIVERSITI,
32610 SERI ISKANDAR,
PERAK.
Posted by Picasa