Tadika Pintar Anak Soleh atau singkatannya Tadika PINTAS merupakan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang professional dan sistematik. Kurikulum pusat pendidikan yang memfokuskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini adalah berdasarkan kepada Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan Malaysia.
Tadika PINTAS telah di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 23 Mei 2007 dan akan memulakan operasinya pada 2 Januari 2008 di Bandar Universiti. Lokasi ini dipilih memandangkan potensinya yang besar sebagai sebuah bandar pendidikan selain untuk menampung institusi pendidikan awal kanak-kanak yang masih kurang di sekitar daerah Perak Tengah.
Sistem pendidikan yang menitik beratkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang islamik ini sentiasa berusaha untuk mencapai objektif utamanya iaitu untuk membangun jiwa kanak-kanak dalam aura syurgawi. Sehubungan dengan itu, bukan sekadar sebagai sebuah pusat pendidikan, tetapi diperteguh dengan kajian berterusan demi melahirkan kanak-kanak berjiwa besar dan berkarakter insane kamil, cemerlang dunia dan akhirat.
Tadika PINTAS ditubuhkan oleh graduan pelbagai lulusan dari pelbagai IPTA dan IPTS, setelah menyedari betapa seriusnya keruntuhan akhlak dan gejala social yang melanda masyarakat hari ini. Hakikat “melentur buluh biarlah dari rebungnya” menjadi cetusan idea untuk mereka memfokuskan generasi muda seawal usia pra-sekolah.
0 comments:
Post a Comment