...Pendaftaran 2010 dibuka sekarang...
...Pengalaman Kami...
Pengalaman:
Mengurus dan menjadi fasilitator program motivasi untuk pelajar university, matrikulasi, sekolah menengah dan rendah.
Mengurus dan mengajar tuisyen sekolah rendah dan menengah.
Mengajar beberapa tadika swasta.
Mendidik dan mengasuh di taska swasta.
Kursus-kursus yang telah dihadiri:
Kursus Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak anjuran JPN Perak (April 2007)
Seminar Institusi Pendidikan Swasta anjuran JPN Perak (Jun 2007)
Seminar Perkembangan Psikologi & Pendidikan Kanak-kanak “Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa” anjurn Kementerian Perpaduan (Ogos 2007)
Bengkel Pergerakan Kreatif anjuran Educate2Learn (September 2007)
Kursus Pembangunan Ibu Bapa & Anak-anak Cemerlang / Anak Istimewa anjuran Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak Nury (Oktober 2007)
...Teacher Oh Teacher...
PROFIL PENDIDIK
Ikrar warga pendidik tadika PINTAS
Amanah dijunjung, tanggungjawab dikalek
Demi untuk…
“Melaju Ke Arah Pembentukan Generasi Rabbani”
Guru…
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada saying,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina,
Maka,
Berbahagialah menjadi guru,
Terima kasih cikgu…
****************************
...Menarik Tentang Kami...
SISTEM TARBIYAH TADIKA PINTAS
Penerapan akidah, ibadah dan akhlak islami yang sebenar
Pelatihan hafazan Al-Quran, hadis, doa dan zikir secara sistematik
Kisah-kisah dari Al-Quran, kisah rasul dan para sahabat
Integrasi system tarbiyah dan akademik
KURIKULUM AKADEMIK TADIKA PINTAS
Bahasa Melayu (Bacalah Anakku, Bacalah Manjaku Sayang)
English Reading : English for Everyone; Quick Reading
Perkembangan kognitif (Mathematics & Science)
Seni dan Kreativiti (Draw Squad)
Brain Development (Logico Primo)
Kemahiran Hidup (berkebun, mengemas dan memasak)
Qiraati : pendektan individu
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
AKTIVITI TAHUNAN
Hari Orientasi
Hari Sukan
Parent’s Consultation Hour
Sambutan Hari-hari Kebesaran Dalam Islam
Sambutan Hari Lahir Pelajar
Jamuan Hari Raya
Hari Ihtifal
...Keistimewaan...
Menekankan pembentukan akidah dan keimanan.
Menitikberatkan perkembangan sosial, akhlak dan sahsiah.
Medium penyampaian tri-bahasa iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Sistem pengajaran bertema dan kreatif.
Teknik pengajaran secara individu (English reading, membaca- rumi dan jawi)
Persekitaran ceria dan aman-menarik minat belajar
Mewujudkan suasana mesra ibu bapa dan guru melalui program-program seperti:
“Open Day, Parent Consultation Hours, Parent and Teacher Meeting, Sports Day dan lain-lain”
Bilangan kecil bagi setiap kelas (Guru : Murid = 1 : 15).
Tenaga pengajar terpilih, terlatih dan penyayang.
SEPINTAS LALU…TADIKA P.I.N.T.A.S
Tadika Pintar Anak Soleh atau singkatannya Tadika PINTAS merupakan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang professional dan sistematik. Kurikulum pusat pendidikan yang memfokuskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini adalah berdasarkan kepada Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan Malaysia.
Tadika PINTAS telah di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 23 Mei 2007 dan akan memulakan operasinya pada 2 Januari 2008 di Bandar Universiti. Lokasi ini dipilih memandangkan potensinya yang besar sebagai sebuah bandar pendidikan selain untuk menampung institusi pendidikan awal kanak-kanak yang masih kurang di sekitar daerah Perak Tengah.
Sistem pendidikan yang menitik beratkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang islamik ini sentiasa berusaha untuk mencapai objektif utamanya iaitu untuk membangun jiwa kanak-kanak dalam aura syurgawi. Sehubungan dengan itu, bukan sekadar sebagai sebuah pusat pendidikan, tetapi diperteguh dengan kajian berterusan demi melahirkan kanak-kanak berjiwa besar dan berkarakter insane kamil, cemerlang dunia dan akhirat.
Tadika PINTAS ditubuhkan oleh graduan pelbagai lulusan dari pelbagai IPTA dan IPTS, setelah menyedari betapa seriusnya keruntuhan akhlak dan gejala social yang melanda masyarakat hari ini. Hakikat “melentur buluh biarlah dari rebungnya” menjadi cetusan idea untuk mereka memfokuskan generasi muda seawal usia pra-sekolah.
...Sekapur Sireh...
“Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar” (Al-Anfal:28)
Antara objektif utama Tadika PINTAS ialah:
* Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu & seimbang antara rohani dan jasmani : agama dan akademik.
* Melahirkan satu generasi yang celik Al-Quran sekaligus sebagai generasi penghafaz dan mengamalkannya.
* Menghidupkan suatu biah atau suasana solehah dalam keluarga dan masyarakat dengan akhlak yang mulia.
* Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
Labels
- IHTIFAL (2)
- INFO PINTAS (17)
- KEISTIMEWAAN PINTAS (3)
- KISAH PINTAS (5)
- MEMO TERBARU (19)
- PROGRAM (60)
- PROJEK DANA PINTAS (2)