Theme Preview Rss

MERDEKA CELEBRATION 2012

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !. Begitulah bersemangatnya adik-adik serta seluruh warga Malaysia melaungkannya. Tahukah adik-adik sedar tak sedar rupanya dah 55 tahun kita merdeka. Kalau kira seorang manusia tu dah jadi datuk atau nenek...silap-silap dah tak ada gigi pun :) . Namun tahukah kita apa erti merdeka sebenarnya?. Adakah dengan laungan sahaja serta bebas melakukan apa sahaja termasuk berseronok tanpa arah tujuan. Sebenarnya dalam Islam yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.

Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud:
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Justeru itu, kita hendaklah sentiasa berazam untuk membebaskan diri daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kamanusiaan kerana sifat-sifat yang demikian itu amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan kita terpenjara di bawah arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh dari itu, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar mendapat keredhaanNya dan terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar kemerdekaan yang diajarkan oleh agama kita.

0 comments:

Post a Comment