" Sila klik untuk info lanjut tentang NKRA "
Dalam sebuah buku bertajuk “Think and Grow Rich” tulisan Napoleon Hill yang telah dihasilkan pada tahun 1937, penulis secara spesifik telah mengambil contoh kegigihan atau 'persistence' yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w sebagai antara penyebab kenapa Islam berkembang dan berjaya seperti hari ini. Buku ini telah dibaca dan menjadi rujukan utama hampir semua pakar motivasi ternama barat seperti Zig Ziglar, Jim Rohn, Bob Proctor, Anthony Robbins, dan lainnya. Malah penulis buku-buku motivasi di Malaysia seperti Billi Lim yang menghasilkan buku bertajuk Berani Gagal mengakui buku tersebut antara faktor yang mengubah persepsi, fikiran dan keyakinan diri beliau. Kalau mereka yang bukan Islam mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh maka sewajarnya kitalah yang lebih dahulu perlu meneladani Baginda.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Alhamdulilah setelah Tadika Pintar Anak Soleh melepasi kelayakan untuk mendapat dana dibawah NKRA pada tahun lepas, tahun ini walaupun baru dibuka Tadika Pintas Rabbani juga telah terpilih untuk menjadi penerima dana daripada 9 buah tadika sahaja di Perak. Pencapaian ini merupakan satu petanda yang pihak kami sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan semoga terus memberikan komitmen dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, PPD Perak Tengah serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan semoga terus memberikan komitmen dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, PPD Perak Tengah serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment