Theme Preview Rss

SALAM MAULIDUR RASUL 1434/2013



Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog, baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah) nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah, jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.” Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia. 
Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku, apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan iman dan diajarkan akhlak yang mulia.
Allahumma salli `ala sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi wa sallim

MINGGU ORIENTASI 2013

        Untuk lihat gambar & video penuh minggu orientasi sila ke facebook  :)

Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alhamdulilah bermulalah minggu orientasi 2013 dengan pertambahan anak didik di Tadika Pintar Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani dan Taska Pintas Rabbani. Tahniah & terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada pihak kami. Semoga Allah memberkati dan meredhai pengorbanan kita semua. Kepada semua anak didik Pintas, sentiasalah yakin ---->> Umat Islam Sentiasa Boleh !

SMART TUITION -"Smart Muslim Kids"

Bicara tentang kejayaan, bukan sekadar menetapkan sasaran, apa yang cukup penting ialah usaha. Usaha meliputi pelbagai cara. Apa yang harus kita fikirkan ialah menggunakan cara yang betul demi mendapatkan sesuatu kejayaan. Jadi serba ringkas nasihat untuk semua, sebelum membuat sesuatu perkara, rancanglah ia, letakkan sasaran, serta berusahalah ke arah sasaran tersebut. Memang benar kadang kala apa yang di rancang tidak semestinya tercapai, sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan usaha kerana segala-galanya di tentukan oleh Maha Pencipta kita.

* KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN *