Pendidikan
perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada
dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa
yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses
mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan
nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya
adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alhamdulilah
bermulalah minggu orientasi 2013 dengan pertambahan anak didik di Tadika Pintar
Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani dan Taska Pintas Rabbani. Tahniah &
terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada pihak
kami. Semoga Allah memberkati dan meredhai pengorbanan kita semua. Kepada semua anak didik Pintas, sentiasalah yakin ---->> Umat Islam
Sentiasa Boleh !
0 comments:
Post a Comment