Theme Preview Rss

PRAKTIKUM UPSI

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada pihak UPSI yang sudi memilih kami sebagai tempat pilihan untuk pelajar UPSI dari pendidikan awal kanak-kanak membuat latihan praktikum. Kami merasa bertuah & berbangga kerana Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Semoga dengan terjalin kerjasama ini dapatlah pihak kami untuk sama-sama belajar dan menimba pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal kanak-kanak insyaAllah

0 comments:

Post a Comment