Theme Preview Rss

PROGRAM SUPER MUSLIM 2014 DIBUKA


JAMUAN KESYUKURAN AIDILFITRI 2014


                            

SALAM RAMADAN 1435

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi

Bukan mudah menahan diri,
Bukan senang mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi

* Kami dari pihak pengurusan rangkaian tadika pintas & smart muslim kids memohon keampunan dan kemaafan atas segala salah & silap serta kekurangan yang ada kerana kita sebagai manusia biasa tiada yang sempurna. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2014

Janganlah merasa tidak mampu, Kita harus berani berkorban. Gagal 1 kali ambil hikmahnya, Gagal 1000 kali ambil hikmahnya. Berani Gagal hidup pantang mundur, PERCAYALAH TUHAN MAHA MELIHAT. Berjuanglah & jangan takut gagal. :)

DUMEX HEALTH FOOD PROGRAMME

’ Wahai orang beriman. Makanlah benda yang baik (halal) yang Kami berikan kepada kamu.’ 
- Surah al-Baqarah ayat 172

 Islam amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani mahupun rohani. Kesihatan merujuk kepada kesihatan rohani, akli, psikologi dan juga jasmani di mana ia saling berhubungkait dan bersatu padu secara menyeluruh. Dalam pada manusia merangka kerja seharian, kadang kala mengabaikan kepentingan kesihatan diri sendiri. Gabung jalin antara kesihatan jasmani, rohani dan kemasyarakatan amat penting demi menjaga keselamatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Dalam Islam, makanan seimbang merujuk kepada makanan untuk jasmani dan rohani. Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat, iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan mendapat keberkatan daripada Allah.

 * Ingat ya para pelajar mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan semata-matanya sehingga perut pun mengalahkan doraemon :)

POTENSI ANAK-ANAK

Disebabkan persepsi masyarakat yang terlalu memandang tinggi pencapaian akademik, tidak hairanlah ibu bapa sanggup membuat pelbagai pelaburan untuk pendidikan anak dari peringkat prasekolah sehingga kolej dan universiti. Ada ibu bapa membuat perancangan awal untuk anak sejak mereka di tadika lagi dan ini bagus untuk perkembangan mereka dan tiadalah salah. Cuma yang menjadi masalah adalah apabila ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi (perfectness) supaya anak ini memiliki kejayaan yang cepat tanpa melihat dan memperhati kemampuan mereka juga. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka rasa tertekan sebenarnya sehingga boleh membunuh potensi dalam diri mereka. Apa yang anda boleh faham apabila seorang pelajar yang baru masuk belajar dalam 2 bulan bertanya kepada cikgunya “ Cikgu, bilalah Ahmad(bukan nama sebenar) ni nak pandai ?”. Kita puji sikap ibubapa yang prihatin untuk followup perkembangan anaknya dirumah cuma jika sampai anak rasa tertekan sedemikian maka kita bimbang suatu hari nanti anak ini akan memberontak apabila dewasa. Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jika ada yang cepat perkembangan alhamdulilah tetapi jika anak itu agak lambat maka berikan motivasi bukannya tekanan. Walaupun kami tidak menafikan memiliki kepandaian itu penting tetapi mendidik bukanlah itu semata-mata. Mungkin anak itu agak lambat dari aspek tersebut tetapi rupanya kelebihannya adalah dari aspek yang lain. Cuba lihat contoh salah seorang Muslim yang berada dalam list 10 individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh berjaya. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang buta huruf sejak dilahirkan sehinggalah pada akhir peringkat di Mekah. Allah berkata: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah Al-Jumuah: ayat 2) Perkataan ummi dari ayat-ayat di atas memberi salah satu makna iaitu orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Walaupun Rasulullah SAW adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi itu tidaklah menghalang Baginda untuk menjadi seorang yang hebat dan menjadi contoh(qudwah) bukan kepada kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam. Sila baca buku oleh Michael H. Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang menyatakan “My choice of Muhammad to lead the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels……. it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus”. Ibu bapa mungkin lebih mengenali dan tahu potensi diri anak. Dengan itu merekalah yang seharusnya membimbing dan mencorakkan masa depan mengikut kebolehan dan bakat dimiliki. Jangan terlalu mengongkong dan mendesak mengikut kehendak ibu bapa. Ini kerana anak boleh memberontak dan terjebak dengan perkara yang tidak diingini kerana tertekan dengan sikap ibu bapa yang memaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Selain memperkembangkan bakat dan kebolehan, ibu bapa harus membekalkan anak dengan ilmu kerohanian iaitu akhlak dan pegangan agama yang kukuh agar dapat membesar sebagai insan berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia. Kesimpulannya, pendidikan dan pembelajaran mempunyai makna luas. Jangan sempitkan pemikiran dengan merujuk kejayaan anak hanya melalui pencapaian akademik cemerlang sahaja. Raikan kemampuan dan kebolehan mereka mampu berjaya jika tidak sekarang mungkin dimasa hadapan insyaAllah.

MOTIVASI RANGKAIAN TADIKA PINTAS (SMART MUSLIM KIDS)



Motivasi Hidup Yang Akan Menghindarkan Anda Dari Putus Asa

Bagi seorang Muslim , motivasi hidup itu cuma satu , dan jika anda kita memegang dan mengingat motivasi ini , anda tidak akan pernah putus asa . Jika anda masih putus asa , mungkin perlu merenungi lagi apa yang menjadi motivasi hidup anda selama ini atau pemahaman akan motivasi ini perlu dipertingkatkan . Motivasi Hidup yang tidak akan menjadikan anda putus asa adalah hidup kerana dan untuk Allah semata . Tidak ada motivasi lain selain ini . Kalau ada motivasi lain , tetap dalam rangka beribadah kepada Allah . Tanamkan dalam diri , bahawa motivasi hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah , maka kita tidak akan pernah putus asa . Serius , sehebat apa pun beban , kita akan ingat bahawa disaat - saat kita menjalaninya hanya kerana Allah , maka pahala akan terus mengalir . Ingat , selama kita terus menjalaninya dengan keikhlasan . So , apa alasan kita putus asa ? Tidak ada alasan sama sekali , jika kita memahami bahawa segala usaha kita yang dijalani dengan penuh keikhlasan , akan mengalir pahala . 

Jangan Hanya Berorientasi Hasil

Salah satu penyebab putus asa adalah kerana kita yang HANYA berorientasikan hasil . Artinya hanya hasil yang kita harapkan , tanpa mengingat bahawa prosesnya pun kita sudah mendapatkan kebaikan yang luar biasa . Misalnya anda sakit , berubatlah . Sebab berubat itu beribadah , tanda kita tidak berputus asa , dan mengikuti sunnah . Kesembuhan , biarkanlah Allah yang menentukan . Yang kita perlukan adalah berusaha dan ini merupakan ibadah sebagai ladang pahala kita . Kesembuhan hak Allah . Tentu saja kita harus yakin bahawa kita akan sembuh , sebab setiap penyakit ada ubatnya . Justru orang yang yakin tidak akan pernah putus asa . Hanya orang yang tidak yakin yang putus asa , dia menganggap tidak akan pernah sembuh . Gabungan keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah adalah ubat mujarab dari putus asa. Tidak mungkin , orang yang yakin dan tawakal akan putus asa . Begitu juga dengan kemiskinan . Apakah takdir kita miskin atau kaya itu urusan Allah , tetapi saat kita tetap bersabar dalam mencari rezeki yang halal adalah tugas kita dan kita akan mendapatkan pahala . Bahkan pahala yang besar .

Jadi , luruskan motivasi kita , jangan hanya berorientasikan hasil , namun nikmati prosesnya . Kalau masalah kita berat dan prosesnya lama , bersabarlah dan ikhlaslah menjalaninya , itu ladang pahala buat kita . Inilah motivasi hidup agar tidak putus asa sesungguhnya.

* Lagu ini ditujukan teristimewa buat semua ibubapa tadika Pintas (Smart Muslim Kids) dan para pelajar. Sama-sama menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Program Maulidur Rasul Tahun 1435H/2014

Dalam kesibukan minggu orientasi ini dapat 1 sms dari parents "Salam saya xxxxx ibu kepada xxxxx yg pernah fon pihak tadika hari tu,saya memang berminat nak hantar anak tapi disebabkan saya menunggu hari nak bersalin & ayahnya ni negeri sembilan jadi kami akan menghantarnya pada bulan 5 sebab saya dikampung jadi tak ada orang yang menguruskan anak buat masa ini buat masa ini saya takde buat pembayaran cadangnya nak datang esok tetapi dengan keadaan sarat ni bulan 5 baru saya datang untuk hantar anak dan bayar yuran.diharap pihak tadika tidak potong nama anak saya sebab saya memang berminat menghantar dia. terima kasih".

* Begitulah nilai keikhlasan dan pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah jadikan zuriatnya soleh & solehah. Jangan risau puan bawak bertenang sahaja. Kami ini takdenya nak potong nama macam potong buah timun . 
Kami tahu sesungguhnya Anak itu anugerah, Anak itu amanah, Anak itu harta, Harta yang membuat orang miskin menjadi kaya....Kaya di dunia & Kaya di akhirat insyaAllah :)