Theme Preview Rss

POTENSI ANAK-ANAK

Disebabkan persepsi masyarakat yang terlalu memandang tinggi pencapaian akademik, tidak hairanlah ibu bapa sanggup membuat pelbagai pelaburan untuk pendidikan anak dari peringkat prasekolah sehingga kolej dan universiti. Ada ibu bapa membuat perancangan awal untuk anak sejak mereka di tadika lagi dan ini bagus untuk perkembangan mereka dan tiadalah salah. Cuma yang menjadi masalah adalah apabila ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi (perfectness) supaya anak ini memiliki kejayaan yang cepat tanpa melihat dan memperhati kemampuan mereka juga. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka rasa tertekan sebenarnya sehingga boleh membunuh potensi dalam diri mereka. Apa yang anda boleh faham apabila seorang pelajar yang baru masuk belajar dalam 2 bulan bertanya kepada cikgunya “ Cikgu, bilalah Ahmad(bukan nama sebenar) ni nak pandai ?”. Kita puji sikap ibubapa yang prihatin untuk followup perkembangan anaknya dirumah cuma jika sampai anak rasa tertekan sedemikian maka kita bimbang suatu hari nanti anak ini akan memberontak apabila dewasa. Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jika ada yang cepat perkembangan alhamdulilah tetapi jika anak itu agak lambat maka berikan motivasi bukannya tekanan. Walaupun kami tidak menafikan memiliki kepandaian itu penting tetapi mendidik bukanlah itu semata-mata. Mungkin anak itu agak lambat dari aspek tersebut tetapi rupanya kelebihannya adalah dari aspek yang lain. Cuba lihat contoh salah seorang Muslim yang berada dalam list 10 individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh berjaya. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang buta huruf sejak dilahirkan sehinggalah pada akhir peringkat di Mekah. Allah berkata: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah Al-Jumuah: ayat 2) Perkataan ummi dari ayat-ayat di atas memberi salah satu makna iaitu orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Walaupun Rasulullah SAW adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi itu tidaklah menghalang Baginda untuk menjadi seorang yang hebat dan menjadi contoh(qudwah) bukan kepada kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam. Sila baca buku oleh Michael H. Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang menyatakan “My choice of Muhammad to lead the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels……. it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus”. Ibu bapa mungkin lebih mengenali dan tahu potensi diri anak. Dengan itu merekalah yang seharusnya membimbing dan mencorakkan masa depan mengikut kebolehan dan bakat dimiliki. Jangan terlalu mengongkong dan mendesak mengikut kehendak ibu bapa. Ini kerana anak boleh memberontak dan terjebak dengan perkara yang tidak diingini kerana tertekan dengan sikap ibu bapa yang memaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Selain memperkembangkan bakat dan kebolehan, ibu bapa harus membekalkan anak dengan ilmu kerohanian iaitu akhlak dan pegangan agama yang kukuh agar dapat membesar sebagai insan berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia. Kesimpulannya, pendidikan dan pembelajaran mempunyai makna luas. Jangan sempitkan pemikiran dengan merujuk kejayaan anak hanya melalui pencapaian akademik cemerlang sahaja. Raikan kemampuan dan kebolehan mereka mampu berjaya jika tidak sekarang mungkin dimasa hadapan insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment