Theme Preview Rss

VCD KENANGAN TERINDAH 2013



Alhamdulilah kerja-kerja menghasilkan vcd "Kenangan Terindah" hampir selesai. Dalam vcd ini hampir semua aktiviti setahun termasuk majlis ihtifal akan dapat disaksikan semula oleh pelajar & ibubapa. Dan paling penting ianya PERCUMA sama seperti tahun lepas. Sekarang nak masuk tandas pun bayor. Huh manalah nak dapat tadika baik hati camni. (sorilah puji sendiri berhad) 

Sebenarnya bukanlah kami berikan vcd ni semata-mata untuk menonton & berhibur tetapi ia adalah salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada pelajar secara tidak langsung. Video ini simpanlah elok-elok & kalau boleh buat backup kopi radix eh silap copy dalam komputer sebab vcd kadang tak tahan lama calar skit dah tak boleh tengok. Nanti ketika anak-anak dah besar & mungkin pada waktu ketika itu mereka menghadapi masalah motivasi@sewaktu dengannya bolehlah mereka lihat balik permulaan kisah mereka di tadika mudah-mudahan semangat mereka akan kembali hadir. Inilah yang kita panggil belajar dari sejarah@kisah lampau. Pernah lihat iklan petronaskan yang burung apa...burung murai....burung apa....burung murai - itulah kenangan yang menyedarkan anaknya betapa ayahnya tidak jemu untuk menjawabnya.

Ketika saya punya masalah motivasi, salah satu cara untuk pulihkan ialah melihat balik samada gambar@video yang lepas antaranya ialah gambar&video pernikahan. Waktu itu saya masih lagi belajar di tahun akhir. Yang selalu saya ingat ialah bagaimana bersemangat nak nikah tapi saya tak nak minta duit belanja dari ayah (tapi kalu nak bagi ambik jugaklah)  . Pelbagai cara dilakukan untuk kumpulkan duit antaranya meniaga jersi bolasepak, jual nasi lemak (kurus badan secara semulajadi sebab turun naik asrama 4 tingkat) & lain-lain. Alhamdulilah akhirnya berjaya gak kumpul duit lebih kurang rm10000 cukuplah untuk student kahwin & mungkin disebabkan itulah ibu&ayah bagi nikah awal. Yesss !. Nampak tak kadang-kadang kenangan lalu boleh memberikan semangat & pengajaran kepada kita dimasa hadapan. Pelajar-pelajar yang dah berani buat persembahan atas pentas nanti kat sekolah rendah, menengah dan IPTA ingatlah semula anda sudahpun ada keberanian untuk melakukannya ketika kecil.

Dalam Al-Quran juga menjadikan kisah dan sejarah umat terdahulu sebagai salah satu muatan sistem peradaban manusia. Antara cara al-Quran mengajarkan keimanan kepada umat manusia adalah dengan menuturkan sejumlah kisah. Al-Quran memaparkan sejarah atau kisah bukan sahaja orang soleh seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., dan lain-lain; tetapi juga kisah para penentang Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Selamat menonton sambil menghidupkan motivasi & mengambil pengajaran.

"Sesiapa yang mengambil pengajaran daripada sejarah, akan meningkatkan potensi kesedarannya." (Imam Syafi’i dalam ’Aja-ib al-Atsar)

"Learn from history and make your own great history"

* Nanti vcd dah siap di'bakar'@ burn kat cd kami akan maklumkan insyaAllah

0 comments:

Post a Comment