Theme Preview Rss

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Dalam design, "Beginner's Mind" adalah WAJIB dan KRITIKAL untuk diaplikasikan. Maksud "Beginner's Mind" adalah dalam sesuatu perkara seolah kita bermula daripada kosong, tanpa terikat apa - apa perkara. BM (Beginner's mind) mengajar kita beberapa perkara penting dalam design :
1. Jangan takut buat salah, yang penting buat, buat dan terus buat!
2. Jangan takut untuk delete hasil yang kita tak suka, sebab nothing to lose sebenarnya!
3. Jangan takut dengan persepsi orang, yang penting kita tahu nak apa dan biarkan minda menjadi kreatif dan bergerak jauh!

* Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu tak tahu sekarangku dah berilmu, Dulu...dulu...duluku mencari-cari, Sekarang aku dah temui. :)

 * Sila ke facebook kami untuk video persembahan lain ya :)

 

Majlis Ihtifal Tadika Pintar Anak Soleh & Tadika Pintas Rabbani 2013

Setelah bertungkus-lumus belajar, menghafaz, bernasyid, bernangis di tadika kini tibalah hari yang dinantikan.
Jangan lupa Majlis Ihtifal Tadika Pintar Anak Soleh & Tadika Pintas Rabbani 2013
Tarikh: 16 November 2013(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat: Dewan Iltizam, Kemas Seri Iskandar
Perasmian Oleh EN. MOHD HANIFAH B. MAIN
Penolong Pegawai PPD (Pendidikan Khas) Perak Tengah 

* Pameran, jualan dan derma oleh Aman Palestin
* Penampilan istimewa 'Abang Belon'  

* Kuih dengan air minum disediakan. Jika nak sarapan berat disyorkan makan sendirian berhad sebelum majlis. :)



EVALUTION WEEK


NASYID KARNIVAL KOPERASI 2013

PERSEMBAHAN NASYID 'BAHTERA NUH'. 
- bersemangat
- gerakan yang kreatif
- kerjasama yang mantap

                            

PERSEMBAHAN NASYID 'AKHLAK MULIA'. 
- lakonan yang bagus
- menyelitkan hadis dan koir
- kerjasama yang mantap

PROGRAM MOTIVASI SUPER MUSLIM & KEM SOLAT

JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI & SOLAT ANAK-ANAK ANDA! TAHUKAH ANDA APA ITU MOTIVASI? Motivasi adalah sesuatu keadaan yang menggerakkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku manusia seperti pemikirannya, perasaannya, tindakannya kepada sesuatu matlamat. Seperti yang kita tahu bahawa motivasi ini muncul daripada keperluan seseorang individu sehingga mendorong seseorang untuk mencapai kepuasan. Jadi anak-anak, tanamkanlah motivasi di dalam diri kerana bagi yang mempunyai motivasi di dalam dirinya maka ia adalah pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, sahsiah, personaliti dan sebagainya. Anak-anak perlu ingat bahawa anda tidak hanya cemerlang dan bermotivasi dalam akademik bahkan perlulah cemerlang dan bermotivasi dalam pergaulan dan sahsiah. ”Iman itu kadang naik kadang turun maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

VIDEO ROAD TO CHAMPION 2013

 
Ada kisah yang cukup menarik perhatian kami. Kisahnya seekor anak gajah diikat pada batang kayu yg agak besar. Kakinya digari dengan rantai seawal usia gajah tu mungkin tak mampu nak melepaskan diri. Tapi. anak gajah tu masih mencuba. Beberapa kali anak gajah tu gagal. Setelah beberapa tahun berlalu, anak gajah tu sudah menjadi gajah yang besar. Rantai yg menggari kaki gajah tu pun dah semakin ketat menampakkan fizikal gajah itu yang semakin membesar. Tetapi yang menghairankan adalah gajah tu masih tak mampu melepaskan dirinya. Secara logik akal sekali sentap je gajah tu boleh terlepas kerana badannya sudah kuat tidak seperti ketika kecil dahulu. Tapi kenapa gajah tu tak nak mencuba?. Sebabnya ialah gajah tersebut sudah putus harapan dan hilang keyakinan diri nak mencuba dan akhirnya hidup gajah tu selamanya digari dan diikat pada sebatang kayu.

Pengajaran pertama daripada kisah tersebut ialah kegagalan bukan pengakhiran tetapi permulaan kejayaan. Pengajaran kedua sebenarnya dalam diri manusia samalah seperti kisah tersebut. Apabila anak-anak ketika kecil mereka tidak diberikan motivasi dan rangsangan maka ia akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka akan datang. Jadi mulai membina motivasi kepada anak anda untuk berjaya di dunia dan akhirat dan mulailah sekarang !.

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya. Dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya."- (HR Muslim dari Ibnu Sinan)



ROAD TO CHAMPION 2013


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)

# Terus semangat, konsisten dan komitmen dalam usaha dan tidak melemah

# Terima kasih kepada pihak Ppd Perak Tengah serta pihak pengurusan SK Iskandar Perdana atas kesudian memberikan tempat dan kerjasama. Semoga diberkati Allah SWT

PENDAFTARAN BARU TAHUN 2014

Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar 2006). Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka.
 
Pembentukan keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud :  
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

* Alhamdulilah syukur mendengar perubahan positif pelajar termasuk salah seorang ustaz yang baru menghantar anaknya pada tahun ini di tadika kami walaupun agak lewat sebab tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Tak sampai setahun ustaz ceritakan sendiri anak dia yang agak pasif & pendiam sudah mula berani bercakap dan kehadapan termasuk nak iqamat waktu solat. Moga terus istiqamah.

-----------------------------------------
* Free Gift untuk 90 pendaftaran terawal 
* Pendaftaran bermula hari rabu & seterusnya sehinggalah kuota penuh 
* Yuran tahunan boleh dibayar secara ansuran 2 kali

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH SWASTA PERINGKAT PERAK TENGAH

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama adik MARISA IRDINA (JOHAN KATEGORI 4 TAHUN) dan NUR ARISSA QAIREEN (JOHAN KATEGORI 5 TAHUN). Syabas juga diucapkan kepada 5 orang wakil lain yang layak ke Pertandingan Mewarna Prasekolah Swasta Peringkat Negeri Perak iaitu Munawwaratul Iffah, Muhammad Khuwalid, Sheefa , Aisyah Sumayyah & Muhammad Edzril. Mereka merupakan antara 7 wakil kami daripada 15 pelajar yang layak untuk mewakili Perak Tengah ke Peringkat Negeri Perak. Pertandingan ini telah diadakan di Perpustakaan Perak Tengah pada 24 Ogos 2013. Kepada yang lain jangan putus asa & tahniah kerana telah mencuba yang terbaik. Terima kasih kepada semua guru pembimbing.
 

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

Alhamdulilah selesai sudah jamuan aidilfitri. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dari petang sampailah ke malam (kira-kira 400 orang). Semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan tidak dilupakan doa buat saudara-saudara kita di luar sana.

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2013

KAMI DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT SEMUA IBUBAPA TADIKA PINTAR ANAK SOLEH, TADIKA PINTAS RABBANI & TASKA PINTAS RABBANI, SAUDARA MARA TERDEKAT & JIRAN-JIRAN DISEKITAR UNTUK HADIR KE MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PADA 23/8/2013 DARI JAM 5 PTG - 10 MALAM. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TUAN/PUAN. MAAF ZAHIR & BATIN DARI PIHAK KAMI. 
‪#‎PRAY‬ FOR ALL MUSLIMS

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Firman Allah S.W.T: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur. - (Surah al-Baqarah:185)

TERAWIH & TAZKIRAH BERSAMA IMAM PALESTIN



 Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Al Baqarah (2):261}

Pihak pengurusan PINTAS akan menaja untuk majlis berbuka serta moreh pada hari program ini berlangsung. Sedekah ini diniatkan untuk semua ibubapa PINTAS dan juga semua pekerja kerana anda semua jugalah yang memberi sokongan kepada pihak kami. Mudahan Allah akan memberkati & mempermudahkan urusan dunia & akhirat kita semua insyaAllah. Dijemput semua untuk hadir memeriahkan serta menderma untuk tabung Aman Palestin

KIDS RAMADAN @ PINTAS 2013

Ramadan....Is like a rare flower, That blossoms once a year.....And just as you begin to smell its fragrance, It disappears for another year.....Make the most of it now, While you still have the chance :)


PROGRAM BERSAMA PERPUSTAKAAN UTP 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013


PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM JOM SIHAT

Tahniah diucapkan kepada pelajar berikut kerana memenangi kategori tadika bagi pertandingan mewarna:
Johan         : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga        : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang  insyaAllah.

KARNIVAL NASYID ANJURAN MRCB

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana menyertai karnival nasyid anjuran mrcb seri iskandar melibatkan 5 tadika iaitu tadika pintar anak soleh, tadika pintas rabbani, tadika cilik bestari, tadika little caliph, dan tadika permata. Yang paling penting adalah penyertaan dalam program sebegini untuk memupuk semangat keyakinan serta motivasi bagi mereka mendapat pengalaman berhadapan dengan masyarakat bahkan ketika bernasyid mereka sebenarnya telah mendapat pahala yang hebat kerana menyampaikan nasihat yang baik sebagaimana firman Allah SWT:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).

SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)


PRAKTIKUM UPSI

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada pihak UPSI yang sudi memilih kami sebagai tempat pilihan untuk pelajar UPSI dari pendidikan awal kanak-kanak membuat latihan praktikum. Kami merasa bertuah & berbangga kerana Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Semoga dengan terjalin kerjasama ini dapatlah pihak kami untuk sama-sama belajar dan menimba pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal kanak-kanak insyaAllah

KEMPEN "I LOVE NABI MUHAMMAD SAW"



Alhamdulilah kempen sempena maulidur rasul "I Love Nabi Muhammad" telah berlangsung dengan lancar dengan izinNya. Antara aktiviti dijalankan ialah aktiviti bercerita kisah rasul, berselawat, perarakan mini, art craft, worksheet, nasyid dan tayangan video. Semoga kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad SAW akan sentiasa berputik dihati anak didik insyaAllah.