Alhamdulilah selesai sudah jamuan aidilfitri.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dari petang sampailah ke malam
(kira-kira 400 orang). Semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan
tidak dilupakan doa buat saudara-saudara kita di luar sana.
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 26 August 2013
JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Tuesday, 20 August 2013
KAMI DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT SEMUA
IBUBAPA TADIKA PINTAR ANAK SOLEH, TADIKA PINTAS RABBANI & TASKA
PINTAS RABBANI, SAUDARA MARA TERDEKAT & JIRAN-JIRAN DISEKITAR UNTUK
HADIR KE MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PADA 23/8/2013 DARI JAM 5 PTG -
10 MALAM. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TUAN/PUAN. MAAF ZAHIR & BATIN
DARI PIHAK KAMI.
#PRAY FOR ALL MUSLIMS
#PRAY FOR ALL MUSLIMS
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 5 August 2013
Labels:
MEMO TERBARU
/
Comments: (0)
Firman Allah S.W.T: Supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan
bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur. - (Surah al-Baqarah:185)
TERAWIH & TAZKIRAH BERSAMA IMAM PALESTIN
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Al Baqarah (2):261}
Pihak pengurusan PINTAS akan menaja untuk majlis berbuka serta moreh pada hari program ini berlangsung. Sedekah ini diniatkan untuk semua ibubapa PINTAS dan juga semua pekerja kerana anda semua jugalah yang memberi sokongan kepada pihak kami. Mudahan Allah akan memberkati & mempermudahkan urusan dunia & akhirat kita semua insyaAllah. Dijemput semua untuk hadir memeriahkan serta menderma untuk tabung Aman Palestin
KIDS RAMADAN @ PINTAS 2013
Ramadan....Is like a rare flower, That blossoms once a year.....And just as you begin to smell its fragrance, It disappears for another year.....Make the most of it now, While you still have the chance :)
PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM JOM SIHAT
Tahniah diucapkan kepada pelajar berikut kerana memenangi kategori tadika bagi pertandingan mewarna:
Johan : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang insyaAllah.
Johan : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang insyaAllah.
KARNIVAL NASYID ANJURAN MRCB
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Saturday, 27 April 2013
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar
kerana menyertai karnival nasyid anjuran mrcb seri iskandar melibatkan 5
tadika iaitu tadika pintar anak soleh, tadika pintas rabbani, tadika
cilik bestari, tadika little caliph, dan tadika permata.
Yang paling penting adalah penyertaan dalam program sebegini untuk
memupuk semangat keyakinan serta motivasi bagi mereka mendapat
pengalaman berhadapan dengan masyarakat bahkan ketika bernasyid mereka
sebenarnya telah mendapat pahala yang hebat kerana menyampaikan nasihat
yang baik sebagaimana firman Allah SWT:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).
SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).
SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)
PRAKTIKUM UPSI
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 25 March 2013
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada
pihak UPSI yang sudi memilih kami sebagai tempat pilihan untuk pelajar
UPSI dari pendidikan awal kanak-kanak membuat latihan praktikum. Kami
merasa bertuah & berbangga kerana Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini
berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak
menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia
meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan
yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,
perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -
1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April
1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang
dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Semoga dengan
terjalin kerjasama ini dapatlah pihak kami untuk sama-sama belajar dan
menimba pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal
kanak-kanak insyaAllah
KEMPEN "I LOVE NABI MUHAMMAD SAW"
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 3 February 2013
Alhamdulilah kempen sempena maulidur rasul "I Love Nabi Muhammad" telah berlangsung dengan lancar dengan izinNya. Antara aktiviti dijalankan ialah aktiviti bercerita kisah rasul, berselawat, perarakan mini, art craft, worksheet, nasyid dan tayangan video. Semoga kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad SAW akan sentiasa berputik dihati anak didik insyaAllah.
SALAM MAULIDUR RASUL 1434/2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Thursday, 24 January 2013
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog,
baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu
naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di
belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan
gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW
menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si
kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah)
nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan
mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah,
jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.” Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang
keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi
SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan
akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia.
Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku,
apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium
anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak
menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah
baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat
itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan
penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan
iman dan diajarkan akhlak yang mulia.
Allahumma salli `ala sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi wa sallim
MINGGU ORIENTASI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 13 January 2013
Untuk lihat gambar & video penuh minggu orientasi sila ke facebook :)
Pendidikan
perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada
dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa
yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses
mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan
nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya
adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alhamdulilah
bermulalah minggu orientasi 2013 dengan pertambahan anak didik di Tadika Pintar
Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani dan Taska Pintas Rabbani. Tahniah &
terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada pihak
kami. Semoga Allah memberkati dan meredhai pengorbanan kita semua. Kepada semua anak didik Pintas, sentiasalah yakin ---->> Umat Islam
Sentiasa Boleh !
SMART TUITION -"Smart Muslim Kids"
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Friday, 4 January 2013
Bicara tentang kejayaan, bukan sekadar
menetapkan sasaran, apa yang cukup penting ialah usaha. Usaha meliputi
pelbagai cara. Apa yang harus kita fikirkan ialah menggunakan cara yang betul demi mendapatkan sesuatu kejayaan. Jadi serba ringkas nasihat untuk semua, sebelum membuat sesuatu
perkara, rancanglah ia, letakkan sasaran, serta berusahalah ke arah
sasaran tersebut. Memang benar kadang kala apa yang di rancang tidak
semestinya tercapai, sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan usaha
kerana segala-galanya di tentukan oleh Maha Pencipta kita.
* KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN *
TASKA PINTAS RABBANI 2013
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 26 November 2012
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
ATAS PERMINTAAN RAMAI, TASKA PINTAS RABBANI AKAN DIBUKA MULAI TAHUN 2013 INSYAALLAH. TERHAD KEPADA 20 ORANG MURID SAHAJA !. MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI PIHAK KAMI. TERIMA KASIH.
SALAM MAAL HIJRAH 1434
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Wednesday, 14 November 2012
* Untuk lihat versi penuh sila ke facebook tadika pintas :)
* Berita baik untuk semua ibubapa. Mulai tahun 2012 kami akan memberikan video tentang aktiviti sepanjang tahun dalam bentuk VCD SECARA PERCUMA untuk kenangan. Bolehlah nanti menonton di tv bersama keluarga :)
________________________________________________________
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31).
Ayat
ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya
supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih
suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan
yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti
diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.
Allahuakbar Walillah Hilhamd, alhamdulilah
Majlis Ihtifal PINTAS 2012 telah berlangsung dalam suasana yang
sederhana tetapi meriah. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan
selingan video kartun islamik. Selepas itu tepat jam
8.30pagi, majlis diteruskan dengan perarakan masuk para
graduan PINTAS 2012 dan bacaan doa untuk memberkati majlis pada pagi yang indah ini.
Di dalam ucapan pengerusi menyentuh tentang 'iceberg' yang terkenal dengan kisah kapal Titanic yang karam. Bahagian atas air iceberg yang kecil diumpamakan seperti fizikal (luaran) manusia manakala bahagian dalam air iceberg yang besar umpama kekuatan spiritual (dalaman) bagi manusia. Kekuatan spiritual inilah yang menjadikan seseorang itu hebat seperti Bilal bin Rabah yang hanyalah seorang hamba tetapi mempunyai jiwa yang luar biasa hinggakan diseksa dengan begitu dahsyat tetapi masih berpegang teguh dengan nilai keIslamannya. Jadi, para graduan PINTAS diberikan motivasi biarpun masih kecil bukan bermakna mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang hebat dan luarbiasa tetapi perlu dibina kekuatan spiritual ini bukan sekadar intelek sahaja. Seterusnya, majlis yang bersejarah bagi graduan PINTAS dirasmikan oleh pensyarah UITM Seri Iskandar iaitu Prof Madya Abdul Halim Bin Ghazali kerana penasihat PINTAS iaitu AlFadhil Ustaz Haji Zamri Bin Hashim masih lagi berada di kota suci Mekah.
Kemeriahan majlis diserikan lagi oleh persembahan berikut :
- Bacaan Al-Quran 6 Tahun
- Penyerahan sijil 6 Tahun
- Persembahan 4 Tahun(SIDEC) : Hafazan surah 3qul & nasyid ERTI-ALFATIHAH
- Persembahan 4 & 5 Tahun(Bandar U) : nasyid BISMILLAH
- Penyampaian Hadiah 4 Tahun
- Persembahan ISLAMIC FASHION SHOW 3 & 4Tahun
- Persembahan 5&6 Tahun(SIDEC) : Bercerita B.melayu, Nasyid NAZAFATUL MINAL IMAN, Teater muzikal " Kisah teladan biri-biri dengan pengembala kambing"
- Penyampaian Hadiah 5 Tahun
- Persembahan 6 Tahun(Bandar U) : Bacaan hadis & nasyid ‘MARILAH SOLAT’, English reading & jawi
- Penyampaian hadiah 6 Tahun
- Penyampaian hadiah Islamic Fashion Show
- Ucapan wakil murid (Bandar U & SIDEC)
- Persembahan pelajar fardhu ain : Nasyid "Dipondok Kecil" & "Laskar Pelangi"
- Persembahan jemputan NAZIM : Nasyid "Guruku Tercinta"
- Penyampaian Cenderahati guru-guru, ajk & cabutan bertuah
- Persembahan khas semua sekali : Nyanyian "Negaraku" & "Keluarga Bahagia"
NANTIKAN IHTIFAL 2012.TERBAIKKK :)
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Tuesday, 23 October 2012
EVALUATION WEEK
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Monday, 15 October 2012
Pejam celik...pejam celik cepat je masa berlalu ya. Sekarang tibalah masa untuk anak-anak didik menghadapi penilaian akhir tahun 2012. Sebelum itu jangan lupa minta doa dari ibu & ayah serta jangan tinggalkan solat disamping mengulangkaji apa yang telah diajar oleh guru. Semoga kejayaan milik anda insyaAllah.
TADIKA PINTAS RABBANI TERPILIH UNTUK DANA NKRA
Posted by
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH (PINTAS)
on Sunday, 23 September 2012
Labels:
INFO PINTAS
/
Comments: (0)
" Sila klik untuk info lanjut tentang NKRA "
Dalam sebuah buku bertajuk “Think and Grow Rich” tulisan Napoleon Hill yang telah dihasilkan pada tahun 1937, penulis secara spesifik telah mengambil contoh kegigihan atau 'persistence' yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w sebagai antara penyebab kenapa Islam berkembang dan berjaya seperti hari ini. Buku ini telah dibaca dan menjadi rujukan utama hampir semua pakar motivasi ternama barat seperti Zig Ziglar, Jim Rohn, Bob Proctor, Anthony Robbins, dan lainnya. Malah penulis buku-buku motivasi di Malaysia seperti Billi Lim yang menghasilkan buku bertajuk Berani Gagal mengakui buku tersebut antara faktor yang mengubah persepsi, fikiran dan keyakinan diri beliau. Kalau mereka yang bukan Islam mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh maka sewajarnya kitalah yang lebih dahulu perlu meneladani Baginda.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Alhamdulilah setelah Tadika Pintar Anak Soleh melepasi kelayakan untuk mendapat dana dibawah NKRA pada tahun lepas, tahun ini walaupun baru dibuka Tadika Pintas Rabbani juga telah terpilih untuk menjadi penerima dana daripada 9 buah tadika sahaja di Perak. Pencapaian ini merupakan satu petanda yang pihak kami sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan semoga terus memberikan komitmen dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, PPD Perak Tengah serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan semoga terus memberikan komitmen dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, PPD Perak Tengah serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.
TADIKA PINTAR ANAK SOLEH,
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
NO 1,JALAN U20,BANDAR UNIVERSITI
TADIKA PINTAS RABBANI,
NO 2,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
TADIKA PINTAS RABBANI (CAWANGAN),
NO 1,PERSIARAN IP 17,SEKSYEN 3 ISKANDAR PERDANA
TASKA PINTAS RABBANI,
NO 1,PERSIARAN IP 12/4,
SEKSYEN 4 ISKANDAR PERDANA
SMART MUSLIM KIDS,
NO33A, LALUAN BATU GAJAH PERDANA 1,
TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Email : tadikapintas@gmail.com
Hubungi : 0139221537 / 0194141873 / 0139285156
Whatsapp : 0139221537/0139285156
Labels
- IHTIFAL (2)
- INFO PINTAS (17)
- KEISTIMEWAAN PINTAS (3)
- KISAH PINTAS (5)
- MEMO TERBARU (19)
- PROGRAM (60)
- PROJEK DANA PINTAS (2)













