Theme Preview Rss

VIDEO ROAD TO CHAMPION 2013

 
Ada kisah yang cukup menarik perhatian kami. Kisahnya seekor anak gajah diikat pada batang kayu yg agak besar. Kakinya digari dengan rantai seawal usia gajah tu mungkin tak mampu nak melepaskan diri. Tapi. anak gajah tu masih mencuba. Beberapa kali anak gajah tu gagal. Setelah beberapa tahun berlalu, anak gajah tu sudah menjadi gajah yang besar. Rantai yg menggari kaki gajah tu pun dah semakin ketat menampakkan fizikal gajah itu yang semakin membesar. Tetapi yang menghairankan adalah gajah tu masih tak mampu melepaskan dirinya. Secara logik akal sekali sentap je gajah tu boleh terlepas kerana badannya sudah kuat tidak seperti ketika kecil dahulu. Tapi kenapa gajah tu tak nak mencuba?. Sebabnya ialah gajah tersebut sudah putus harapan dan hilang keyakinan diri nak mencuba dan akhirnya hidup gajah tu selamanya digari dan diikat pada sebatang kayu.

Pengajaran pertama daripada kisah tersebut ialah kegagalan bukan pengakhiran tetapi permulaan kejayaan. Pengajaran kedua sebenarnya dalam diri manusia samalah seperti kisah tersebut. Apabila anak-anak ketika kecil mereka tidak diberikan motivasi dan rangsangan maka ia akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka akan datang. Jadi mulai membina motivasi kepada anak anda untuk berjaya di dunia dan akhirat dan mulailah sekarang !.

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya. Dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya."- (HR Muslim dari Ibnu Sinan)



ROAD TO CHAMPION 2013


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)

# Terus semangat, konsisten dan komitmen dalam usaha dan tidak melemah

# Terima kasih kepada pihak Ppd Perak Tengah serta pihak pengurusan SK Iskandar Perdana atas kesudian memberikan tempat dan kerjasama. Semoga diberkati Allah SWT

PENDAFTARAN BARU TAHUN 2014

Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar 2006). Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka.
 
Pembentukan keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud :  
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

* Alhamdulilah syukur mendengar perubahan positif pelajar termasuk salah seorang ustaz yang baru menghantar anaknya pada tahun ini di tadika kami walaupun agak lewat sebab tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Tak sampai setahun ustaz ceritakan sendiri anak dia yang agak pasif & pendiam sudah mula berani bercakap dan kehadapan termasuk nak iqamat waktu solat. Moga terus istiqamah.

-----------------------------------------
* Free Gift untuk 90 pendaftaran terawal 
* Pendaftaran bermula hari rabu & seterusnya sehinggalah kuota penuh 
* Yuran tahunan boleh dibayar secara ansuran 2 kali

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH SWASTA PERINGKAT PERAK TENGAH

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama adik MARISA IRDINA (JOHAN KATEGORI 4 TAHUN) dan NUR ARISSA QAIREEN (JOHAN KATEGORI 5 TAHUN). Syabas juga diucapkan kepada 5 orang wakil lain yang layak ke Pertandingan Mewarna Prasekolah Swasta Peringkat Negeri Perak iaitu Munawwaratul Iffah, Muhammad Khuwalid, Sheefa , Aisyah Sumayyah & Muhammad Edzril. Mereka merupakan antara 7 wakil kami daripada 15 pelajar yang layak untuk mewakili Perak Tengah ke Peringkat Negeri Perak. Pertandingan ini telah diadakan di Perpustakaan Perak Tengah pada 24 Ogos 2013. Kepada yang lain jangan putus asa & tahniah kerana telah mencuba yang terbaik. Terima kasih kepada semua guru pembimbing.
 

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

Alhamdulilah selesai sudah jamuan aidilfitri. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dari petang sampailah ke malam (kira-kira 400 orang). Semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan tidak dilupakan doa buat saudara-saudara kita di luar sana.

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2013

KAMI DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT SEMUA IBUBAPA TADIKA PINTAR ANAK SOLEH, TADIKA PINTAS RABBANI & TASKA PINTAS RABBANI, SAUDARA MARA TERDEKAT & JIRAN-JIRAN DISEKITAR UNTUK HADIR KE MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PADA 23/8/2013 DARI JAM 5 PTG - 10 MALAM. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TUAN/PUAN. MAAF ZAHIR & BATIN DARI PIHAK KAMI. 
‪#‎PRAY‬ FOR ALL MUSLIMS

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Firman Allah S.W.T: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur. - (Surah al-Baqarah:185)

TERAWIH & TAZKIRAH BERSAMA IMAM PALESTIN



 Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Al Baqarah (2):261}

Pihak pengurusan PINTAS akan menaja untuk majlis berbuka serta moreh pada hari program ini berlangsung. Sedekah ini diniatkan untuk semua ibubapa PINTAS dan juga semua pekerja kerana anda semua jugalah yang memberi sokongan kepada pihak kami. Mudahan Allah akan memberkati & mempermudahkan urusan dunia & akhirat kita semua insyaAllah. Dijemput semua untuk hadir memeriahkan serta menderma untuk tabung Aman Palestin

KIDS RAMADAN @ PINTAS 2013

Ramadan....Is like a rare flower, That blossoms once a year.....And just as you begin to smell its fragrance, It disappears for another year.....Make the most of it now, While you still have the chance :)


PROGRAM BERSAMA PERPUSTAKAAN UTP 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013


PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM JOM SIHAT

Tahniah diucapkan kepada pelajar berikut kerana memenangi kategori tadika bagi pertandingan mewarna:
Johan         : Amniyah ( Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Naib johan : Mimi Zulfa (Tadika Pintas, Bandar Universiti)
Ketiga        : Wan Mohd Azlan ( Tadika Pintas Rabbani, SIDEC)
Terima kasih diucapkan kepada pelajar Kolej RCMP kerana menganjurkan program yang sangat bermanafaat buat penduduk Seri Iskandar. Semoga dapat berjumpa lagi akan datang  insyaAllah.

KARNIVAL NASYID ANJURAN MRCB

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana menyertai karnival nasyid anjuran mrcb seri iskandar melibatkan 5 tadika iaitu tadika pintar anak soleh, tadika pintas rabbani, tadika cilik bestari, tadika little caliph, dan tadika permata. Yang paling penting adalah penyertaan dalam program sebegini untuk memupuk semangat keyakinan serta motivasi bagi mereka mendapat pengalaman berhadapan dengan masyarakat bahkan ketika bernasyid mereka sebenarnya telah mendapat pahala yang hebat kerana menyampaikan nasihat yang baik sebagaimana firman Allah SWT:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (surah Fushilat [41]: ayat 33).

SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA TELAH MENJADI PEMENANG SEBELUM BERTANDING LAGI. :)


PRAKTIKUM UPSI

Alhamdulilah dan terima kasih diucapkan kepada pihak UPSI yang sudi memilih kami sebagai tempat pilihan untuk pelajar UPSI dari pendidikan awal kanak-kanak membuat latihan praktikum. Kami merasa bertuah & berbangga kerana Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Semoga dengan terjalin kerjasama ini dapatlah pihak kami untuk sama-sama belajar dan menimba pengalaman dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal kanak-kanak insyaAllah

KEMPEN "I LOVE NABI MUHAMMAD SAW"



Alhamdulilah kempen sempena maulidur rasul "I Love Nabi Muhammad" telah berlangsung dengan lancar dengan izinNya. Antara aktiviti dijalankan ialah aktiviti bercerita kisah rasul, berselawat, perarakan mini, art craft, worksheet, nasyid dan tayangan video. Semoga kecintaan terhadap baginda Nabi Muhammad SAW akan sentiasa berputik dihati anak didik insyaAllah.

SALAM MAULIDUR RASUL 1434/2013



Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog, baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah) nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah, jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.” Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia. 
Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku, apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan iman dan diajarkan akhlak yang mulia.
Allahumma salli `ala sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi wa sallim

MINGGU ORIENTASI 2013

        Untuk lihat gambar & video penuh minggu orientasi sila ke facebook  :)

Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alhamdulilah bermulalah minggu orientasi 2013 dengan pertambahan anak didik di Tadika Pintar Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani dan Taska Pintas Rabbani. Tahniah & terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada pihak kami. Semoga Allah memberkati dan meredhai pengorbanan kita semua. Kepada semua anak didik Pintas, sentiasalah yakin ---->> Umat Islam Sentiasa Boleh !

SMART TUITION -"Smart Muslim Kids"

Bicara tentang kejayaan, bukan sekadar menetapkan sasaran, apa yang cukup penting ialah usaha. Usaha meliputi pelbagai cara. Apa yang harus kita fikirkan ialah menggunakan cara yang betul demi mendapatkan sesuatu kejayaan. Jadi serba ringkas nasihat untuk semua, sebelum membuat sesuatu perkara, rancanglah ia, letakkan sasaran, serta berusahalah ke arah sasaran tersebut. Memang benar kadang kala apa yang di rancang tidak semestinya tercapai, sekurang-kurangnya kita ada perancangan dan usaha kerana segala-galanya di tentukan oleh Maha Pencipta kita.

* KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN *


TASKA PINTAS RABBANI 2013

ATAS PERMINTAAN RAMAI, TASKA PINTAS RABBANI AKAN DIBUKA MULAI TAHUN 2013 INSYAALLAH. TERHAD KEPADA 20 ORANG MURID SAHAJA !. MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI PIHAK KAMI. TERIMA KASIH.




SALAM MAAL HIJRAH 1434

 
* Untuk lihat versi penuh sila ke facebook tadika pintas :)
* Berita baik untuk semua ibubapa. Mulai tahun 2012 kami akan memberikan video tentang aktiviti sepanjang tahun dalam bentuk VCD SECARA PERCUMA untuk kenangan. Bolehlah nanti menonton di tv bersama keluarga :)

 ________________________________________________________

 Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.

Allahuakbar Walillah Hilhamd, alhamdulilah Majlis Ihtifal PINTAS 2012 telah berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan selingan video kartun islamik. Selepas itu tepat jam 8.30pagi, majlis diteruskan dengan perarakan masuk para graduan PINTAS 2012 dan bacaan doa untuk memberkati majlis pada pagi yang indah ini.

Di dalam ucapan pengerusi menyentuh tentang 'iceberg' yang terkenal dengan kisah kapal Titanic yang karam. Bahagian atas air iceberg yang kecil diumpamakan seperti fizikal (luaran) manusia manakala bahagian dalam air iceberg yang besar umpama kekuatan spiritual (dalaman) bagi manusia. Kekuatan spiritual inilah yang menjadikan seseorang itu hebat seperti Bilal bin Rabah yang hanyalah seorang hamba tetapi mempunyai jiwa yang luar biasa hinggakan diseksa dengan begitu dahsyat tetapi masih berpegang teguh dengan nilai keIslamannya. Jadi, para graduan PINTAS diberikan motivasi biarpun masih kecil bukan bermakna mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang hebat dan luarbiasa tetapi perlu dibina kekuatan spiritual ini bukan sekadar intelek sahaja. Seterusnya, majlis yang bersejarah bagi graduan PINTAS dirasmikan oleh pensyarah UITM Seri Iskandar iaitu Prof Madya Abdul Halim Bin Ghazali kerana penasihat PINTAS iaitu AlFadhil Ustaz Haji Zamri Bin Hashim masih lagi berada di kota suci Mekah.

Kemeriahan majlis diserikan lagi oleh persembahan berikut : 
  • Bacaan Al-Quran 6 Tahun
  • Penyerahan sijil 6 Tahun
  • Persembahan 4 Tahun(SIDEC) : Hafazan surah 3qul & nasyid ERTI-ALFATIHAH
  • Persembahan 4 & 5 Tahun(Bandar U) : nasyid BISMILLAH
  • Penyampaian Hadiah 4 Tahun
  • Persembahan ISLAMIC FASHION SHOW 3 & 4Tahun
  • Persembahan 5&6 Tahun(SIDEC) : Bercerita B.melayu, Nasyid NAZAFATUL MINAL IMANTeater muzikal " Kisah teladan biri-biri dengan pengembala kambing"
  • Penyampaian Hadiah 5 Tahun
  • Persembahan 6 Tahun(Bandar U) : Bacaan hadis & nasyid ‘MARILAH SOLAT’, English reading & jawi
  • Penyampaian hadiah 6 Tahun
  • Penyampaian hadiah Islamic Fashion Show  
  • Ucapan wakil murid (Bandar U & SIDEC)
  • Persembahan pelajar fardhu ain : Nasyid "Dipondok Kecil" & "Laskar Pelangi"
  • Persembahan jemputan NAZIM : Nasyid "Guruku Tercinta"
  • Penyampaian Cenderahati guru-guru, ajk & cabutan bertuah
  • Persembahan khas semua sekali : Nyanyian "Negaraku" & "Keluarga Bahagia  

Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga kita semua mendapatkan keredhaanNya. Salam Maal Hijrah & jumpa lagi tahun hadapan insyaAllah.